SHAH ALAM: Pemilik anugerah vokal terbaik yang pertama, diperkenalkan di Anugerah Juara Lagu ke-17, Liza Hanim kembali ke pentas berprestij itu selepas dua dekad dan dilihat antara pencabar terkuat dalam AJL ke-37 yang bakal berlangsung Februari tahun depan.
Pelantun lagu Gelisah Mimpi itu bakal membawakan lagu Bahagiakan Dia menampilkan Shila Amzah bersaing dengan 11 buah lagu lain.
Nama Liza menjadi perhatian kerana kredibiliti vokalnya juga bakal memberikan warna kepada persaingan terutamanya bagi kategori Anugerah Vokal Terbaik AJL37.
“Alhamdulillah saya anggap ini rezeki saya dan Shila serta komposer dan penulis lirik lagu ini. Saya akui teruja pada masa yang sama tetap gementar melihat saingan yang hebat.
“Lagu-lagu yang layak masing-masing memiliki kelebihan masing-masing,” katanya.

Mengenai persaingan kategori vokal Liza mengakui dia gembira melihat banyak pelapis muda yang mempunyai kemampuan sangat baik dalam pesaingan kali ini.
“Nama seperti Ernie Zakri misalnya memang sangat bagus, saya juga beruntung kerana berpaduan dengan Shila. Masing-masing ada kekuatan dan mampu memberikan yang terbaik.
“Saya serahkan semuanya kepada rezeki, sama juga dengan lagu saya yang layak kali ini, rezeki pencipta muda yang kali pertama mencuba,” katanya.
Selain Liza dan Shila, antara nama yang dilihat bakal memberikan saingan pada edisi kali ini ialah Ernie, Marsha Milan, Dayang Nyrfaizah bersama Amir Masdi dan Aina Abdul.
AJL37 menyaksikan penguasaan bakat muda mempertaruhkan kreativiti dan keunggulan ciptaan masing-masing untuk merebut gelaran utama.
Antara nama yang menepati ramalan mara ke malam kemuncak AJL37 adalah Ernie Zakri menerusi lagu Korban, selain Aina Abdul yang mempertaruhkan lagu Terus Hidup.
Turut mara adalah lagu Anugerah Terindah nyanyian Alif Satar & The Locos ciptaan Alif Satar, Romeo, Tam Cobain, Efry Arwis dan Shah Shamshiri; Debu nyanyian Amir Masdi dan Dayang Nurfaizah (ciptaan Mas Dewangga, Jova Devito, Firdaus Rahmat, Mike Chan, Karim Karam, Acap Salim); Bahagiakan Dia nyanyian Liza Hanim dan Shila Amzah (ciptaan Aliff Iskandar dan Que Afiq); Satu Malam Di Temasek nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Sonaone dan Joe Flizzow dan Kembali Terang nyanyian Marsha (ciptaan Senna dan Jin).
Lagu lain yang layak adalah Nang nyanyian Iman Troye (ciptaan Ezra Kong dan A Ramle); Payung Pelangi nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Noki dan MK, Sengsara nyanyian Khai Bahar (ciptaan John Jeeves, Firdaus Rahmat,Omar K), Irama nyanyian Shiha Zikir (ciptaan Iqie Hugh, Firdaus Rahmat dan John Jeeves serta Mainan nyanyian Naim Daniel (ciptaan Firdaus Rahmat, Omar K, Mas Dewangga dan Arisz Ab. Rahman). – GayahIsTyping
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan