PUTRAJAYA : Barisan juri berpotensi untuk berdepan tugas sukar menentukan Juara Gegar Vaganza Musim ke-8 (GV8) pada konsert akhir yang bakal berlangsung Ahad ini.
Ini berikutan, kesemua finalis yang bertanding mampu memberikan persembahan terbaik berdasarkan prestasi masing-masing sepanjang pertandingan itu berlangsung.
“Ya kerana masing-masing mampu memberikan yang terbaik pada malam akhir nanti. Peluang sama rata.

“Semuanya bergantung pada persembahan mereka pada malam final nanti. Kalau mereka bagus mereka menang,” katanya.
Kesemua finalis iaitu Aweera, Nikki Palikat, Aliff Aziz, Adibah Noor dan Suki Low masing-masing pernah menduduki tempat pertama dalam konsert mingguan pertandingan itu.
Azan Scan yang tidak pernah bergelar juara mingguan sentiasa memberikan persembahan konsisten dan mendapat komen positif daripada juri.
Ramli dalam pada itu mengakui, beliau mempunyai dua nama calon juara pilihannya namun enggan berkongsi dengan gerangannya.
Pada persembahan final nanti setiap finalis bakal membawa lagu solo, duet dan battle sesama mereka menerusi lagu hip hop.
Adibah bakal bersaing dengan Azan, Nikki berdepan dengan Suki manakala Aweera bakal bertemu dengan Aliff. – GayahIsTyping
You may also like
-
Dana RM700,000 Menanti Pemenang AIM 24 – Perkenal Tiga Kategori Baharu
-
Gandingan Aku Ada Zaki Yamani & Putri Dahlia – Simbolik Legasi Darah Seni
-
Keluang Man Adiwira Tempatan Bakal Cipta Fenomena – Strategi Diatur Sejak Tiga Tahun Lalu
-
Lebih 15 Juta Dalam Masa Empat Hari – Ejen Ali The Movie 2 Dapat Sambutan Hebat
-
Tunggu Lapan Tahun Duet Mas Idayu – Farez Adnan Nafi Single Tiru Lagu Seberang