March 18, 2025

Jangan Ragu Berbuat Baik

KUALA LUMPUR : Pendakwah selebriti Ebit Lew berpesan, jangan jemu dalam membuat kebaikan sepanjang hidup.

Baginya, Allah sentiasa menyukai orang yang berusaha menjadi lebih baik dan sentiasa melakukan kebaikan.

Ebit yang sentiasa merendah diri berkata demikian ketika ditanya sesetengah pendapat yang mengatakan tidak guna berbuat baik seperti sedekah jika tidak cukup amalan wajib yang lain.

Dikenali dengan sikap murah hati dan sentiasa prihatin dalam menyalurkan bantuan, Ebit menolak usikan kononnya dia layak mempunyai ‘kabinet’ sendiri.

“Apa yang saya lakukan terlalu kecil jika dibandingkan apa yang kerajaan sudah lakukan. Banyak pengorbanan dan bantuan mereka. 

“Saya hanya berusaha membantu apa yang perlu dan termampu bagi saya,” katanya tersenyum.

Kerja amal Ebit kini dikongsi bersama penonton di saluran Astro Oasis dalam usaha memupuk semangat beramal dalam kalangan masyarakat.

Program yang dikenali sebagak ‘JEJAK EBIT LEW’ ialah sebuah program realiti berkonsepkan majalah yang memaparkan  aktiviti amal kebajikan dan kisah di sebalik tabir perjalanan eksklusif pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Program ini juga bakal memberi satu perspeksif baharu kepada para penonton untuk menilai musibah yang berlaku dari sudut pandang yang berbeza tanpa sebarang prejudis.

Berkesinambungan daripada program ‘Door To Door Ebit Lew’ di saluran Astro Oasis, program ini bersesuaian dengan situasi masyarakat yang kini sedang berdepan dengan 1001 ujian akibat pandemik Covid-19.

Uniknya lagi, program ‘JEJAK EBIT LEW’ juga bersifat ‘jujur’ kerana tidak terikat dengan sebarang skrip mahukan babak-babak komersial yang perlu disempurnakan.

 

‘JEJAK EBIT LEW’ akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Gayah sokong Ustaz Ebit. Sebab apa? Sebab dia humble dan terima teguran dengan hati terbuka.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts