September 13, 2024

Dunia Seni Hanya Minat Erna

KUALA LUMPUR: Jika ada masih ingat, seorang gadis genit pernah mencuri tumpuan dalam pertandingan akhir Sinaran Pasport Kegemilangan dua dekad lalu saat melantunkan lagu Aku Sayang Padamu.

Erna Elliyana Rosli mula mengukir nama dalam persada seni saat umurnya masih 12 tahun malah turut bergelar pelakon termasuk dalam filem Suami, Isteri dan…

Erna mempunyai vokalis yang menarik

Namun, kelibat Erna semakin lenyap dalam koordinat dunia seni lewat usianya menginjak dewasa.

Peluang mememui wanita yang sudah berusia 33 tahun itu digunakan bagi bertanya sendiri kepada  Erna yang kini usahawan berjaya produk makanan tambahan dan kesihatan.

Akuinya, minat terhadap dunia seni tidak pernah padam sebaliknya dia memilih bidang yang lebih selesa dan sesuai dalam merencana masa depan yang lebih baik.

Diva Ziana Zain antara selebriti yang hadir

Erna berkata, sekiranya punya ruang masa untuk kembali aktif, penglibatannya dalam dunia hiburan tidaklah serius, sebaliknya hanya untuk projek istimewa.

“Saya bersama suami, Syed Mahadzir Fadaak mulai menceburkan diri dalam bisnes sejak 2015 lagi. Sejak itulah kami beri komitmen penuh terhadap apa yang dilakukan sekarang.

“Memang masih minat menyanyi, cuma sampai satu tahap, saya merasakan adakah ini yang saya mahu. Saya juga percaya ini ketentuan terbaik dari Allah.

“Kalau buat lagu sekali pun selepas ini, ia hanyalah untuk penuhi minat. Tidaklah untuk meletakkan harapan sebagaimana sebelum ini. Begitu juga dengan lakonan meski ada di antara ahli keluarga pun terlibat secara langsung dalam dunia hiburan,” katanya pada majlis Rumah Terbuka Alpha Raya di The Marquee @ Puteh Subang.

Majlis rumah terbuka ini bersempena dengan ulang tahun pertama Kamya Glow yang turut disokong oleh Alpha Capital Berhad.

“Bila menonton video ulang tahun pertama kami, saya terbayang perjalanan Kamya Glow. Daripada awal sehingga sekarang, rupanya sudah banyak yang dilakukan dalam usaha memperkenalkan jenama ini. Saya bersyukur, puas hati dan berbangga dengan pencapaiannya.

“Kalau nak diikutkan, Kamya Glow masih lagi ‘bertatih’ dalam industri lingkungannya, akan tetapi kami tidak bersaing dengan produk kesihatan dan gaya hidup sedia ada. Sebaliknya, saingan kami adalah diri sendiri. Kami hanya mahukan yang terbaik dari semasa ke semasa. Sebab saya percaya, siapa yang laju dialah yang akan maju,” katanya.

Erna pada masa sama optimis meneruskan legasi Kamya Glow menerusi beberapa projek terbaharu meski pada peringkat awal pelancaran, mereka berdepan kekangan susulan penularan Covid-19.

“InsyaAllah dalam beberapa bulan yang akan datang, kami akan mengeluarkannya dalam bentuk tablet dan kolaborasi bersama dalam kosmetik serta penjagaan rambut. Usaha ini dilakukan bagi memperkukuh seterusnya memperkenalkan jenama ini kepada lebih ramai pengguna di luar sana.

Bersama Datin Alyah

 

“Kami banyak lakukan strategi menerusi media sosial bersama Remy Ishak (bekas duta) ketika itu dan terbaru Datin Alyah serta beberapa wajah wakilan lain. Saya faham bila jual produk, kita tidak boleh bergantung kepada dalam talian sahaja. Perlu berjumpa dengan pengguna dan sebagainya.

“Penghargaan juga saya dedikasikan kepada ‘team’ Kamya Glow. Syukur sekarang semuanya kian baik,” katanya lagi.

Erna bersama Kamya Glow turut menerima anugerah The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award bagi kategori Health And Beauty menerusi Kamya Glow, Mac lalu. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts