KUALA LUMPUR : Upiak Isil akui dia perlu kuat untuk meneruskan perjuangan di pentas Gegar Vaganza Musim kelapan (GV8) dan melawan kata-kata hinaan netizen.
Bagi penyanyi dari Indonesia ini, dia perlu mengubah dirinya menjadi seorang yang tidak ambil tahu dengan kata-kata yang negatif.

“Saya seorang yang akan mudah terkesan dengan kata-kata orang dan boleh beri kesan yang tidak baik.
“Sedangkan peluang ke pentas GV8 adalah impian yang sudah lama saya nantikan. Jadi saya akan berjuang,” katanya kepada Gayah.
Upiak turut memberitahu dia mengasingkan diri daripada keluarga selama dua bulan sebelum bermulanya GV8 untuk memberikan fokus.

Pemilik nama sebenar Silvia Nanda,34, juga menambah, dirinya bukanlah penyanyi lagu bergenre komedi, sebaliknya mampu membawakan lagu balada dengan baik.
Sementara itu, dalam persaingan konsert pertama GV8, peserta masih selesa dengan lagu nyanyian asal masing-masing.

Meskipun kesemua berpengalaman luas, mereka juga tidak terkecuali berdepan dengan keadaan gugup muncul di pentas.
Paling jelas pastinya Datuk Fazley Yaakob yang gementar sehingga mengganggu persembahannya dan berada di tempat terakhir daripada 13 peserta.

Upiak mula dikenali menerusi single berjudul Tak Tun Tuang yang sehingga kini, video muzik lagu itu mendapat 38 juta tontonan sejak dimuatnaik di laman YouTube pada tahun 2017. – GayahIsTyping
You may also like
-
M.Nasir Lakar Sejarah – Tampil Konsert Khas Hari Raya
-
Terpaling Raya Jadi Tum Tum Raya – Shiha Zikir Dan Ieda Berkurung 22 Jam Demi Muzik Video
-
Beraya Dengan Biduanita Negara – Siti Nurhaliza Pamer Koleksi Busana Peribadi Sempena Budaya Raya
-
Khai AF Pengsan Tiba-Tiba – Terima Dua Jahitan Di Dahi
-
Elemen Lawak Seram Lagu Raya – ZUS Coffee Lancar Lagu Cerita Malam Raya