SHAH ALAM: Kesemua juri program Dansa dan Sing sepakat berpendapat setiap peserta perlu fokus dan berikan yang terbaik dalam persaingan itu.
Juri tetap Datuk Rizalman dan Linda Jasmine berkata, tidak wajar memberikan alasan sebaliknya berusaha menyempurnakan tugasan yang diberi.
“Penonton tidak mahu tahu masalah kita dan kita perlu sentiasa ada usaha untuk bersaing,” kata Rizalman.
Linda menyokong sambil menambah, berdasarkan pengalamannya, penonton kurang gemar apabila peserta memberikan alasan.
“Saya tiada niat lain melainkan menegur demi kebaikan. Saya takut disalah anggap, tapi itulah hakikat sejak saya di Akademi Fantasia lalu,” katanya.
Datuk AC Mizal selaku juri juga senada dengan mereka dan menganggap kesemua peserta perlu kreatif dan bijak membuat persembahan.
” Tidak ada halangan bagi sesiapa pun, asalkan ada usaha, kreatif dan bijak pasti akan menyerlah.
Pengurusan saluran Astro RIA, Emarina Mohd Kamal berkata, semua peserta diberikan tempoh masa yang sama setiap minggu untuk persiapan persembahan.
Akuinya, Dansa dan Sing ialah sebuah pertandingan yang sangat mencabar berbadind rancangan realiti lain sebelum ini.
“Mereka kena pantas dan kreatif dalam menyediakan semua pakej termasuk nyanyian, susunanan muzik dan tarian.
“Kasihan tapi inilah cabarannya. Bayangkan akan ada minggu yang mereka perlu membuat dua tugasan,” katanya.
Rizalman dan Linda turut risau memikirkan persembahan peserta yang berada pada tahap terbaik dan berharap mereka mampu mengekalkan momentum itu.
Minggu keempat malam Ahad ini (esok) bakal menyaksikan cabaran lebih hebat apabila mereka perlu menyampaikan persembahan tarian berdasarkan ekspresi.

Gayah harap ada yang mampu buat penonton menangis!
You may also like
-
Aina Abdul : Bukit Bintang Done, Bukit Jalil Next!
-
Konsert Milenia Ditunda Ke 25 November, Tampil Persiapan Lebih Meriah
-
Kongsi Kemesraan Dengan Suami Bawa Tuah Pada Fasha Sandha
-
Liza Hanim Sedia Bersaing – Ziana Zain Iktiraf Liza Bak Berlian
-
Kesemua Pelakon Walid Boleh Bersilat – Filem Angkat Seni Mempertahan Diri Melayu