Kumpulan rock tempatan Barbarik bakal mengadakan konsert sulung bagi meraikan kelahiran album pertama mereka Peluru Cokelat yang dilancarkan pada 9 November tahun lalu.
Pemain gitar kumpulan itu, JoBranko berkata, konsert bertajuk Barbarik Pentas Peluru Cokelat itu dijadualkan berlangsung pada 28 Jun depan di Zepp Kuala Lumpur.
Katanya, konsert itu akan berfungsi sebagai wadah untuk mereka mempersembahkan kesemua lagu daripada album berkenaan, buat pertama kali.
“Tujuan kami menghasilkan album Peluru Cokelat ialah untuk menandakan bahawa kami serius sebagai sebuah band. Bukan sekadar sebuah projek band atau mengambil kesempatan atas sejarah kami.
“Dengan ada material baharu, kami dapat bergerak dan menyusun strategi dengan lebih kemas untuk terus berada dalam radar muzik arus perdana tempatan.
“Jika peminat mendengar album Peluru Cokelat, mereka akan tahu inilah identiti band Barbarik,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain JoBranko, Barbarik yang dianggotai oleh Muss (vokalis), Rozaimi (bass) dan Ainol (dram) sebelum ini pernah mengadakan beberapa konsert termasuk Barbarik Pentas Keras 1.0 dan 3.0 serta Double Trouble 2: Search x Barbarik.
Konsert anjuran Karri Talk Production dengan kerjasama Pentas Barbarik Sdn. Bhd. selama dua jam itu bakal mempersembahkan kira-kira 20 lagu, termasuk karya lama dan baharu, dan dijangka menyajikan pengalaman bertenaga yang menguji adrenalin penonton.
Tiket berharga RM150 bagi kategori 1, RM380 (kategori 2 duduk), RM280 (kategori 3 duduk) dan RM8,000 (VIP BOX) boleh dibeli menerusi ilassotickets.com. – GayahIsTyping
You may also like
-
Makar Fest 2.0 Tarik 300,000 Pengunjung – Hargai Ikon Seni Muzik Tempatan
-
Jelajah Rockology 2025 – Gabungan Awie & Search KidDin
-
Perkenal Tiga Anugerah Baharu – KamiSempoi Golden Award 2024 Tambah Kategori
-
Sufian Suhaimi Sah Bernikah – Bergelar Suami Kepada Rania AL Sadat
-
Gandingan Tiga Vokal Hebat – Datin Alyah, Ayu Dan Idayu Janji Kenangan Terindah