December 10, 2023

Sup Gearbox Kambing Tarikan Ramadan The Venue

SHAH ALAM : Kemeriahan melayan selera sempena Ramadan yang bakal tiba muncul dengan variasi menu pilihan hati.

The Venue, sebuah ruang selesa di Seksyen 15 belakang kilang Good Year menawarkan Sup Gearbox Kambing untuk memancing selera anda.

Sup Gearbox The Venue

Pastinya setelah seharian lapar, variasi menu di sini seimbang dan mampu memenuhi impian selera anda.

Dengan resipi tradisi bertemakan Nostalgia Desa, The Venue menawarkan sup dengan resipi istimewa, malah turut lengkap dengan kambing bakar.

Gayah sendiri diundang dan mencuba hidangan Ramadan 2021 The Venue melirik senyum dengan hidangan yang disusun apatah lagi bila melihat apam balik rangup turut tersedia.

Antara kelainan menu pada kali ini ialah hidangan trendy masa kini iaitu menyajikan hidangan ShellOut selain menu panggang BBQ antaranya Ikan, Ayam Bakar dan lain-lain.

Gayah juga cadangkan anda mencuba keenakan pelbagai jenis menu nasi yang disajikan seperti Nasi Arab, Nasi Briyani Bukhara Ayam serta aneka kerabu.

Antara masakan lain yang akan membuat anda terliur seperti Daging Masak Lemak Cili Padi, Ayam Berlado, Daging Black Pepper, Ayam Butter, Sambal Tumis Udang Petai, Ikan Sweet Sour, Sayur campur, Lala Masak Pedas dan banyak lagi.

Kuih wajib bazar Ramadan seperti kuih lapis, kuih cara berlauk, keria, karipap serta minuman sejuk pembasah tekak turut seperti jus asam boi, tembikai susu menggamit selera anda.

Anda tidak perlu keluarkan belanja ratusan ringgit hanya untuk berbuka puasa menikmati juadah yang enak. The Venue Shah Alam pilihan terbaik anda!

Bufet Ramadan di The Venue Shah Alam akan bermula pada 13 April hingga 13 Mei 2021 dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam. Disamping itu, sambil anda menikmati juadah berbuka puasa persembahan LIVE Band akan mengiringi sebagai halwa telinga.

Ikuti Facebook dan Instagram @thevenueshahalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts