KUALA LUMPUR : Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat mengumumkan yang dirinya kini hamil empat bulan.
Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat, 29, mengumumkan berita tersebut pada majlis Iftar Bersama Ayda Jebat yang berlangsung di Hotel Majestic, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Penyanyi lagu Parah Parah itu berkata, dia gembira atas rezeki zuriat yang dikurniakan oleh Allah buatnya dan suami, Nabil Mahir.
“Alhamdulillah dengan rezeki ini dan doakan agar kandungan saya sihat dan bayi yang bakal dilahirkan sempurna sifat.
“Saya juga bersyukur akhirnya dapat berkongsi berita ini dengan semua pada masa yang sesuai dari dari mulut saya sendiri,” katanya kepada Gayah di sini hari ini.
Ayda menambah zuriat sulungnya itu dijadualkan lahir pada Oktober depan.
Dia berkata, hari ini waktu paling sesuai untuk berkongsi berita gembira ini selepas usia kandungan sihat serta stabil.
“Nabil juga pastinya paling gembira dengan berita ini dan sentiasa memberi sokongan serta menjaga saya,” katanya.
Ayda mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, pengacara Nabil Mahir pada 1 Januari lalu selepas mengadakan majlis pertunangan atas talian pada 28 April tahun sebelumnya kerana terikat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Gayah tumpang gembira dengan berita ini di bulan mulia. Hak mereka untuk berkongsi berita bermakna ini.
You may also like
-
Aina Abdul : Bukit Bintang Done, Bukit Jalil Next!
-
Konsert Milenia Ditunda Ke 25 November, Tampil Persiapan Lebih Meriah
-
Kongsi Kemesraan Dengan Suami Bawa Tuah Pada Fasha Sandha
-
Liza Hanim Sedia Bersaing – Ziana Zain Iktiraf Liza Bak Berlian
-
Kesemua Pelakon Walid Boleh Bersilat – Filem Angkat Seni Mempertahan Diri Melayu