September 23, 2023

KOPSTAR SASAR 10,000 PENYERTAAN ‘LARIAN SUSU’

KUALA LUMPUR : Lebih 10,000 perserta dijangka menyertai ‘larian susu’ atau KOPSTAR Got Milk Charity Virtual Run anjuran KOPERASI Industri Muzik Malaysia Berhad atau KOPSTAR. 

Larian itu bakal bermula pada 22 Mei dan berakhir pada 2 Jun 2021.

Pendaftaran untuk menyertai acara ini sudah dibuka kepada orang ramai sejak 18 Mac lalu hingga 1 Mei ini dan penyerahan Runner Kit pula pada 3 Jun 2021.

Menurut Pengerusi KOPSTAR, Norkhayati Mohd. Hashim atau Baiduri, itu turut mendapat kerjasama daripada 10 selebriti tanah air iaitu Noh Salleh, Siti Nordiana, Syamel, Naqiu, Ernie Zakri, Khai Bahar, Kasih Lia Bishara, Liza Hanim dan MakDiva Kopstar.

“Peminat yang mengikuti mereka di media sosial berpeluang untuk menyertai program tersebut melalui pautan selebriti dan personaliti pilihan mereka sambl menyumbang kepada tujuan kebajikan.

“Setiap yuran penyertaan, RM5 daripadanya akan disumbang kepada dana inisiatif untuk kempen kesedaran dan usaha menangani bayi dan kanak-kanak yang kurang zat pemakanan melalui Yayasan Maghfirah,” katanya.

Yayasan Maghfirah adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar yang bermatlamat memberi khidmat pembangunan pendidikan, ekonomi dan kebajikan kepada masyarakat berlandaskan syiar Islam.

Yayasan itu akan menyalurkan dana yang diperoleh daripada KOPSTAR Got Milk Chariy Virtual Run untuk penduduk di satu kawasan di Sempurna, Sabah.

Norkhayati berkata, setiap penyertaan akan menerima sehelai kemeja-T berlengan panjang, medal dan pelitup muka yang tertera wajah selebiriti pilihan masing-masing dengan yuran pendaftaran RM75 dan RM65 untuk kemeja-T berlengan pendek.

Dana terkumpul daripada penyertaan orang ramai akan digunakan untuk membantu kanak-kanak menerusi Yayasan Maghfirah.

Beliau berkata dalam acara virtual run peserta bebas memulakan larian dari lokasi A ke lokasi B pada bila-bila masa berdasarkan jarak larian dan tempoh masa yang ditetapkan oleh penganjur.

Vokalis Hujan, Noh Salleh berkata, sebagai seorang aktivis, beliau sentiasa mencari peluang untuk berbakti dan menganggap pelawaan KOPSTAR satu peluang keemasan.

“Semoga ibadah kebajikan ini diterima Allah. Sekali lagi saya diajak ke jalan syurga, semoga amalan kita ini diterima Allah,” katanya yang cukup terkenal dengan kerja-kerja kebajikan selama ini.

Bagi Kasih Lia Bishara, 18, bakat baharu yang tampil dengan video muzik Salah Sangka itu merasa gembira kerana terpilih untuk menyertai program kebajikan ini.

“Ini adalah peluang besar buat Kasih untuk berkongsi pengalaman dalam kerja-kerja sebegini. Kasih harap, ramai yang menyertai larian virtual ini kerana ia sangat mudah, ” katanya.

Noh dan Kasih Lia komited menyokong projek kebajikan anjuran KOPSTAR.

Untuk menyertai program larian virtual ini orang ramai boleh melayari https://kopstar.onpay/order/form/gotmilkatau melalui pautan selebriti antaranya,

https://tinyurl.com/nohsalleh atau http://tinyurl.com/kasihliabishara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts