KUALAL LUMPUR : Pihak pengurusan Shiha Zikir menuntut penjelasan dari YouTube apabila lebih 200,000 jumlah tontonan single terbaharu berjudul AEWO yang dimuat naik di platform itu hilang secara tiba-tiba.
Catatan pada hari kelima selepas lagu itu dilancarkan pada 5 Ogos lalu mencecah 381,095 jumlah tontonan, ghaib dan hanya tinggal 170,000 tontonan sahaja.
Ketua Pegawai Eksekutif Todak Fusion, Ikmal Fareeq, berkata, permasalahan ini telah disuarakan kepada pihak YouTube dan masih menunggu jawapan maklum balas.
“Penonton ‘ghaib’ atau penurunan jumlah tontonan ini sukar untuk kami difahami. Jika ia sudah ditonton, bagaimana penurunan boleh berlaku?
“Setiap kali mencecah 300,000 tontonan sahaja, pasti berlaku penurunan yang banyak pada minggu yang sama.
Dia berkata lagu berkenaan mendapat sambutan baik dengan mendapat lebih 100,000 tontonan dalam tempoh kurang 24 jam ketika dilancarkan dan tidak mustahil mencecah 1 juta tontonan jika hal ini tofak berlaku.
“Bagi mendapatkan penjelasan, permasalahan ini telah kami suarakan kepada pihak YouTube dan masih menunggu jawapan maklum balas mereka,” katanya kepada Gayah.
Ikmal berkata, proses menghasilkan muzik video AEWO menuntut perancangan yang teliti, membabitkan kreativiti secara berpasukan dan usaha yang bukan sedikit.
“TODAK Music, Shiha Zikir selaku penyanyi, penari latar dan seluruh tenaga produksi yang terbabit bertungkus-lumus dalam mengeluarkan idea bagi menghasilkan sebuah muzik video bertaraf antarabangsa.
“Kami ingin membuktikan bahawa industri kreatif di Malaysia tidak pernah ketinggalan, kita juga mampu mencipta karya setanding K-Pop yang mendominasi pasaran muzik global ketika ini.
“Oleh kerana usaha optimum yang dicurahkan inilah, kami berharap pihak YouTube dapat memberi penjelasan mengenai permasalahan yang berlaku, dengan harapan penonton AEWO dapat dikembalikan,” katanya.
Sementara itu, artis serba-boleh Shiha Zikir turut meluahkan rasa kecewa dan terkejut berhubung perkara ini yang dikongsi melalui akaun Instagram miliknya.
You may also like
-
Fattah Fazura Cerai: Nafi Curang, Tak Sangka Buka Aib
-
Fazura Fattah Cerai – Abai Nafkah, Tiada Persefahaman Dan Curang
-
Terima Kasih Suria FM – Buka Peluang Penyanyi Dikir Kelantan Ketengahkan Bakat
-
Abang Bomba Pendengar Setia Suria FM – Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire Tarik Peminat Brunei, Singapura
-
Baim Wong Bawa Anna Jobling Ke Indonesia – Terima Tiga Tawaran Selepas Lembayung