Anak buah Gayah sorang ni kalau time cuti je mula la dia merenggek ajak pegi bercuti, nak duduk hotel mahal katanya. Amboi!!!Biasa la geng BBNU zaman sekarang, ada saja aktiviti nak diisi dalam socmed depa, kita zaman zaman dulu kalau time cuti duduk rumah saja jawabnya.
Gayah ni pulak perangai kalau duduk hotel tak suka keluar bilik sebab rimas dengan orang ramai lebih-lebih kat kolam hotel mesti penuh dengan manusia. Nak mandi situ tidak la jawabnya.
Oleh kerana tak mahu menghampakan anak buah teruna sorang ni, Gayah ajak dia pegi Lexis Hibiscus, Jalan Pantai Pasir Panjang Port Dickson. Gayah pilih executive suite atas air tapi bukan menghadap laut. Hmmm boleh tahan harganya dalam seribu lebih semalam, yang menghadap laut lagi mahal.
Daripada lobi utama lepas check ini, kami kena naik shuttle buggy ke villa atas air yang bentuk dia kalau tengok dari atas macam bunga raya. Ala-ala Palm Jumeirah Dubai gitu.
Sampai bilik, wahhh luasnya ada dua katil besar, ada dua ottoman boleh muat lima orang jugak ni. Kalau bawak toto satu famili boleh duduk. Buka je pintu sliding ke bilik mandi, wahhh lagi sebab ada ruang besar antara bilik shower dan toilet siap ada almari wardrobe. Tengah tengah tu ada lantai kaca boleh nampak air kat bawah, tapi air tak jernih la ye.
Bukak saja pintu keluar ke ruang terbuka wahhhh kali ketiga sebab ada swimming pool dan sauna. Swimming pool dia tak sebesar mana tapi boleh la nak buat aksi gimnastik berirama. Walaupun menghadap bilik yang lain tapi rasa best sebab atas air. Cantik pemandangan dengan kapal terbang kat atas kepala silih berganti naik turun sebab dekat Sepang. Membawang beramai-ramai di tepi kolam best ni.
Anak buah Gayah apa lagi mula laa ambil gambar sana sini buat story IG siap buat catwalk ala-la crazy rich asian katanya. Lepas masuk sauna dia terjun kolam berjam-jam dah kecut baru nak naik. Gayah bukak novel baca buku tepi kolam je, aman tak ada orang kacau tak ada bunyi budak- budak jerit tepi kolam.
Bila dah lapar Gayah pesan makanan dari bilik je sebab malas nak keluar dah. harga standard macam kat hotel, tapi kalau nak makan, banyak tempat makan kat Pd ni, drive dalam 10 minit saja.
Kat sini banyak aktiviti ada. Ada aktiviti outdoor sewa basikal, kereta yoyo, boleh berkaraoke, ada aktiviti memanah, naik cruise, water park dan macam macam lagi lah. Naik helikopter pun ada tapi Gayah tak ada la tanya harga … dah pasti bayaran tak tercapai dek wallet Gayah kan. Memang crazy rich asian betul-betul tempat ni. Berjalan-jalan manja di sekitar villa sambil ditiup hembusan bayu sambil menikmati pemandangan laut pon okey juga.
Gayah ambik pakej dua malam, jadi malam kedua tu ada dinner bbq untuk dua orang. Breakfast macam biasa untuk dua orang juga untuk dua hari. Kalau datang lebih dua orang, yang lain boleh pegi breakfast di restoran di lobi utama. Yang bestnya ada nasi lemak comel bungkus daun pisang yang sedap, harga pun tak mahal.
Gayah sempat mintak driver shuttle tunjuk villa paling mahal menghadap laut. Dia beritahu harganya RM6,000 semalam. Bilik tu dua tingkat ada jakuzi dan swimming pool besar. Kalau datang dua tiga famili best ni.Hmmm tak tercapai dek wallet Gayah kalau nak merasa pun.
Pendek kata, kat Lexis Hibiscus ni macam-macam ada, macam kat pulau kecil. Kalau jenis yang tak suka keluar bilik macam Gayah ni memang sesuai sangat lah. Yang penting anak buah Gayah balik KL dengan muka senyum lebar. Apa lagi la dia nak mintak lepas ni.
You may also like
-
Survival Seni Sissy Iman – Lupakan Tas Tangan Mewah Demi Sebuah Impian
-
‘King Of Grill BBQ Buffet Dinner’ – Selera Premium Berpatutan Di The Pearl Kuala Lumpur
-
Magika Seorang Melly Goeslow – Kepuasan Total Seisi Panggung
-
Ziana Zain Pemilik Definisi Diva Sebenar – 56 Years Old And Still Standing Strong
-
Survival Seni Siti Nordiana – 25 Tahun Dan Terus Mekar