January 19, 2025

rpt

SNZ Ikan Segar: Dari Laut Terus ke Rumah

KUALA SELANGOR : Tiga kenalan sepakat membuka kedai menjual ikan segar hasil tangkapan nelayan terus kepada pembeli selepas memulakan perniagaan kecil-kecilan sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) Mac lalu.

Sepakat dengan nama SNZ Pembekal Ikan Segara (Dari Laut Terus ke Rumah) milik SNZ Top Global, Pengerusinya, Norhamizah Nordin nekad meneroka bidang baharu dengan melabur membuka kedai yang diusahakan.

“Kami bermula kecil-kecilan ketika PKP, tak sangka sambutan sangat baik dan membuka mata ini peluang mencari rezeki yang baharu.

“SNZ milik penuh Bumiputera menawarkan ikan berkualiti dan segar dibekalkan daripada melayan tempatan untuk pasaran sekitar dan Lembah Klang termasuk melalui khidmat penghantaran,” katanya.

Norhamizah berkata, dua tulang belakangnya selaku pemilik bersama ialah anak muda yang memulakan perniagaan ikan segar sejak PKP lalu iaitu Mohd Zulakmal Jamaludin dan Mohammad Shahrul Nizam.

Katanya, dua pemuda berkenaan memberikan keyakinan dan idea untuk mengembangkan perniagaan ikan segar itu sehingga berjaya membuka kedai pada hari ini.

“Kedua-dua mereka dan suami banyak membantu saya dan memberikan semangat untuk membuka perniagaan ini dan ia satu usaha yang mencabar namun kami sahut juga.

“Ia bukan satu proses yang mudah namun kami nekad meskipun kaum bumiputera kurang terbabit dalam bidang ini,” katanya.

Bekalan ikan segar setiap hari.

Mengimbau pengalaman dalam perniagaan, Norhamizah berkata dia masih ingat pernah berniaga ikan melalui bonet kereta.

Katanya, dia turut mengusahakan perniagaan kosmetik, biskut dan pelbagai lagi.

“Alhamdulillah tidak sangka impian untuk memiliki kedai akhirnya dimakbulkan dan serius dalam bidang perniagaan,” katanya.

SNZ turut menyokong pekebun kecil di kawasan sekitar dengan menjual sayuran hasil kebun.

Hamizah berkata, menjadi polisi SNZ menawarkan hanya ikan segar kepada pelanggan dan hal itu tidak ada kompromi.

“Kita akan tengok pada bekalan yang kami terima dan yang pasti hanya ikan segar sahaja yang kami tawarkan.

“Kami janji tidak akan berkompromi dalam hal berkaitan kualiti ikan kami dan hanya terbaik dari SNZ,” katanya.

Abang Sado Jual Ikan

Lebih menarik, krew kedai ini juga terdiri daripada golongan ‘Abang Sado’ yang menjaga penampilan dan hal kesihatan.

Bagi mereka ini kelainan yang ditampilkan, iaitu apa juga pekerjaan dilakukan penampilan menjadi keutamaan dan tidak boleh diabaikan.

“Pekerja kami antaranya memang aktif di gimnasium selain mereka sendiri melakukan kerja berat menggendalikan stok ikan harian yang dibekalkan dari nelayan,” katanya.

SNZ turut merancangkan melebarkan pasaran ke seluruh negara termasuk membuka cawangan di negeri lain.

Gayah memang seronok beli ikan di SNZ. Jangan lupa singgah, berhampiran pasar raya Tesco Kuala Selangor dan sebaris bangunan KWSP. Memang berbaloi!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts