December 11, 2023

JIWA FIRDAUS PILIHAN M. NASIR DAN MAS IDAYU

KUALA LUMPUR: Jiwa Firdaus menjadi pilihan sifu muzik Datuk M. Nasir dan Mas Idayu apabila diangkat sebagai juara sulung program MIC ON! yang berlangsung pada Jumaat lalu selepas 12 minggu bersiaran.

Jiwa, 26, menewaskan lima finalis lain dengan mendengdangkan lagu Potret dan Farhana masing-masing nyanyian asal kumpulan Akim & The Masjistret serta Jinbara dalam program yang disiarkan di Awesome TV itu.

Kedua-dua juri sepakat memilih jiwa kerana mempunyai pakej lengkap sebagai pelapis dunia hiburan dan melayakkannya membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, hadiah tajaan ALTEL beserta trofi juara.

Bagi M. Nasir Jiwa mempunyai vokal yang hampir sempurna serta persembahan yang konsisten setiap minggu manakala Mas Idayu pula berpendapat Jiwa mampu untuk mewarnai lagu yang dibawa dengan cara yang tersendiri tanpa terikut-ikut dengan identiti penyanyi asal lagu yang disampaikan.

Ainnur yang kali pertama menyertai pertandingan nyanyian realiti berjaya memikat hati para juri dengan lagu nyanyian Siti Sarah, Jangan Kau Mimpi dan Datuk Sri Siti Nurhaliza, Cindai memenangi hadiah berupa wang tunai RM5,000. Aaron, di tempat ketiga pula membawa pulang wang tunai bernilai RM2,500 beserta trofi dan hadiah tajaan ALTEL.

Kemenangan Jiwa sekaligus mengangkat Fad sebagai pengurus terbaik Mic On! dengan memenangi RM1,000 beserta trofi Mic On! Konsert Mic On! diterajui oleh Nana Mahazan.

Mic On! program realiti yang pertama terbitan Awesome TV, berhasrat untuk mencungkil bakat anak muda tempatan untuk mewarnai industri seni tempatan.

Kelainan yang ditonjolkan dalam program ini adalah kesemua peserta diuruskan oleh pelawak-pelawak terkenal tanah air, iaitu Ropie, Fad dan Shuk Sahar.

Dalam perkembangan lain, Awesome TV juga kini boleh ditonton di saluran 123, Astro dan 112, MyTV.

Gayah seronok bila ada platform untuk mencungkil bakat baharu. Sebab Malaysia juga ada bakat yang hebat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts