January 19, 2025

Stesen Suria Cari Suara Unik

KUALA LUMPUR: Stesen Suria FM membuka peluang kepada mereka yang berbakat untuk menjadi penyampai di stesen berkenaan.

Pengurus Kanan Suria, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berkata, Suria FM mencari mereka yang mempunyai bakat dan berkelayakan untuk menjadi penyampai hujung minggu di stesen yang menjadi pilihan ramai itu.

“Suria FM ingin membuka peluang kepada mereka yang berbakat menampilkan bakat sebagai penyampai radio yang kreatif sekaligus memperdengarkan suara-suara baru dan unik ke udara di corong radio,” katanya.

Beliau berkata, mereka yang berminat dan berbakat boleh menghantarkan resume dan demo rakaman suara ke info@suria.my dan berpeluang untuk ke udara di segmen hujung minggu Suria FM.

DJ Lin berkata antara kriteria yang dicari ialah berusia 18 hingga 35 tahun, warganegara Malaysia dan mempunyai personaliti menarik, petah bercakap dan kreatif

Katanya, mereka yang berminat boleh melayari laman web suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Gayah bertanya kepada DJ Lin keriteria suara unik, katanya perkara itu subjektif namun apa yang penting ialah sedap didengar dan mampu menarik pendengar terus melekat di corong radio.

Sempat mengusik dirinya, seperti keunikan DJ Lin yang menggendalikan segmen Suria Cinta, masih belum ada yang mampu jadi pengganti. Melirik senyuman DJ Lin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts