KUALA LUMPUR : Selebriti popular, Neelofa dan Awal Ashaari sependapat artis tidak perlu terburu-buru untuk memberikan respons sekiranya berhadapan dengan krisis.
Menurut Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 35, artis harus mendapatkan pandangan orang lain sebelum memberikan maklum balas terhadap sesuatu isu atau kontroversi.
“Sebagai selebriti, kita tak lari daripada kontroversi namun kita harus tahu jalan terbaik untuk mengendalikan krisis. Sebelum menjawab atau memberi respons, saya selalunya akan mendapatkan pandangan orang lain.
“Saya kena bertindak mencari jalan terbaik dan tidak boleh memberi maklum balas secepat mungkin. Jika saya pantas menjawab, mungkin ia akan dipengaruhi emosi sendiri, jadi pandangan pihak lain sangat diperlukan,” kata Neelofa.
Awal yang memberi pandangan sama turut mengakui di zaman media sosial ini, selebriti perlu lebih berhati-hati.
“Sebagai selebriti, kita menjadi perhatian ramai. Artis perlu memberikan contoh baik dan artis juga mempunyai imej yang harus dijaga. Jangan terburu-buru untuk menyelesaikan krisis kerana jika silap langkah, pastinya ia akan memburukkan reputasi.
“Bertanya kepada orang sekeliling atau mereka yang lebih pakar. Seperti saya sendiri, saya akan sering merujuk kepada isteri, Scha Alyahya. Selain itu, saya juga merujuk kepada rakan-rakan wartawan yang lebih arif,” kata Awal.
Neelofa dan Awal ditemui pada acara Program Bual Bicara: Menangani Krisis, Membina Reputasi anjuran Pelajar Sarjana Pengurusan Komunikasi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Dewan Perdana, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Bangi pada Isnin.
Selain Neelofa dan Awal turut menjadi panel pada program itu ialah Raqim Ahmad selaku Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro.
Kehadiran Neelofa, Awal dan Raqim dalam program bual bicara ini untuk melengkapkan keperluan kursus Komunikasi Krisis pelajar Sarjana Pengurusan Komunikasi.
Majlis turut dihadiri oleh Prof Dr Kadaruddin Aiyub selaku Dekan FSSK dan Dr Ammar Redza Ahmad Rizal selaku pensyarah kursus Komunikasi Krisis merangkap Penyelaras Strategi FSSK. – GayahIsTyping
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
FestStar Influencer by Puterabell Saji Hiburan Keluarga – Makan Serta Konsert Percuma
-
PMNI Lahirkan Pendakwah Bertanggungjawab Bukannya Jadi Selebriti – Seimbang Ilmu Dunia Akhirat
-
Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024 – Pentas Pemuzik Terbaik Negara
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak