KUALA LUMPUR : Pengarah prolifik, Mamat Khalid mengakui terus menjentik kritikan sosial dalam naskhah terbaharunya Kampong Pisang Bersiri-Siri.
Bagi Mamat yang mesra disapa Abang Mamat, apa yang dipaparkan dalam siri baharu itu seperti karyanya yang lain menegur mereka yang patut ditegur.
“Karya saya tiada mesej tapi yang anda tonton itulah yang anda dapat. Saya papar kisah realiti dalam hidup,” katanya.
Antara isu menarik yang dipaparkan dalam kisah satira komedi bersiri itu termasuklah isu air yang sering melanda penduduk Lembah Klang.
Mamat ketika ditanya hal berkenaan berkata, bukan saja isu air tapi banyak lagi isu lain turut dipaparkan.
Kampong Pisang Bersiri-Siri hasil gandingan watak dari lima buah filem yang merekodkan kutipan pecah panggung iaitu ‘Hantu Kak Limah’ (RM38.6 juta, tahun 2018), ‘Zombie Kilang Biskut’ (RM1.5 juta, 2014), ‘Husin, Mon & Jin Pakai Toncit’ (RM6.4 juta, 2013), ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’ (RM8 juta, 2010) dan ‘Zombi Kampung Pisang’ (RM2.4 juta, 2007).
“Kampong Pisang Bersiri-Siri” bakal menemui penonton mulai 7 Disember, setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra, saluran 108 (HD) / 128 (SD).

Masih berlatarbelakangkan Kampung Pisang, drama siri berdurasi satu jam ini membawakan kisah penduduk Kampung Pisang yang dilanda misteri dan masalah.
Setiap minggu ada sahaja yang datang menggangu penduduk kampung, dan yang menghairankan, semuanya berbeza-beza seperti toyol, hantu rempit, serigala jadian, hantu sungai, orang minyak, zombi, makhluk asing, pocong dan paling unik hantu Kak Limah! Huru-hara jadinya penduduk
kampung dan mereka akan bergandingan untuk mengharmonikan semula kampung kesayangan mereka.
Gayah memang suka sentuhan Abang Mamat ini. Realistik!
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan