November 26, 2022

CINTA TAK BERUBAH, GEGAR TETAP DI HATI

KUALA LUMPUR: Dalam suasana tidak menentu ketika ini, termasuk pademik COVID-19 yang melanda negara, stesen radio Gegar terus kekal relevan dan menjadi pilihan pendengar di Pantai Timur.

Stesen itu terus menjadi pilihan nombor satu pendengar di seluruh negeri Pantai Timur berbanding stesen radio lain di negara ini. Kata orang, cinta pendengar pada stesen itu tidak berubah dan membuktikan Gegar tetap di hati mereka.

Barisan penyampai Gegar.

Pengurus Kandungan Gegar, Raja Nadia Salwana berkata, keluarga Gegar bersyukur dan melahirkan rasa gembira apabila stesen itu menjadi pilihan pendengar di Pantai Timur dalam apa juga suasana yang melanda.

“Kami terharu kerana para pendengar terus setia bersama kami meskipun semua pihak melalui waktu yang bukan mudah pada ketika ini.

Raja Nadia gembira dengan pencapaian Gegar.

“Alhamdulillah, di sebalik pandemik yg hit Malaysia pada tahun 2020 ni, Gegar masih menjadi pilihan pendengar-pendengar di Pantai Timur,” katanya kepada Gayah. 

Raja Nadia berkata, team Gegar juga memahami situasi yang berlaku, seterusnya sentiasa mencari keseimbangan antara kehendak pendengar melalui keseimbangan dalam menyalurkan info terkini, memberi hiburan dan menyajikan lagu-lagu terbaik untuk menemani pendengar stesen itu.

Sementara itu, dia berkata menjelang 2021 Gegar akan terus mengekalkan formula sama dan menambah baik bagi memastikan pendengar kekal serta setia bersama Gegar sepanjang masa.

Antara aktiviti Gegar mendekati pendengar.

“Perancangan mungkin berubah mengikut perubahan yang pandemik, tapi kami sentiasa nak jadi medium utk pendengar dah pelbagai aspek baik info, hiburan, lagu, keagamaan, gaya hidup dan pelbagai lagi.

“Kita mahu Gegar menjadi medium pilihan untuk semua aspek kehidupan dan bukan hanya hiburan semata-mata,” katanya.

Gayah memang seronok dengar Gegar. Penyampai tak menjerit dan mesra selalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts