SHAH ALAM: Pernah muncul antara pengacara popular satu ketika dahulu, Helmi The Gimmick berkata dia tidak pernah sepi dari dunia seni cuma memilih untuk ke layar komersial.
Helmi, 62, berkata, dia bersyukur tidak pernah kering dengan tawaran persembahan korporat sebagai pengacara dan penyanyi sehingga ke hari ini.
Lebih dari itu, dia yang kini mendapat gelaran Doktor berkata, gembira kerana sudah berjaya dalam bidang perniagaan meskipun aktif sebagai artis.
“Pada saya, takkan kita nak jadi penyanyi dan pelakon sampai mati? Kita perlu tahu kelebihan yang ada pada diri.
“Saya harap rakan artis di Malaysia tahun kelebihan mereka dengan nama dan pengalaman yang dimiliki digunakan untuk mencari jalinan perniagaan dengan produk atau perkhidmatan yang sesuai,” katanya.
Dia yang pernah menjadi pengacara rancangan game show Famili Ceria berkata, artis wajar memastikan diri mereka dihargai dan menjana pendapatan melalui nama yang dimiliki.
Katanya, bukan hanya sebagai duta, tetapi cari peluang untuk berada dalam organisasi syarikat dan menggunakan kepakaran yang ada.
“Kita sendiri kena mahir dan tahu dengan sesuatu produk ataupun gunakan kelebihan kita untuk memberi ilmu kepada pihak terbabit termasuk cari berinteraksi dan berdepan dengan orang ramai,” katanya yang kini dilantik sebagai Pengarah Pemasaran Di Smart Bio Group.
Helmi bersama syarikat bumiputera tempatan itu memfokuskan kepada kajian dan pembanguan (R&D) serta penghasilan produk isi rumah dan kesihatan berasaskan tumbuhan herba Cendawan Merah atau Lingzhi dan Mengkudu yang juga dikenali sebagai buah Noni.

Orang kuat Smart Bio Group Muhammad Shukri Amin menjelaskan bahawa pelantikan Helmi Gimmick sememangnya berdasarkan pengalaman dan kepakaran beliau selama 30 tahun di dalam bidang jualan langsung.
Smart Bio Group Sdn Bhd turut melancarkan kerjasama kesihatan dengan dengan Koperasi Karyawan dan Persatuan Karyawan dalam membantu artis-artis tempatan terutamanya mereka yang mengalami masalah kesihatan.
Mengenai gelaran doktor yang diperolehi, Helmi berkongsi dia menerima gelaran terhormat Doktor Kehormat Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Sabi, Perancis pada 2019 hasil kerja keras serta pengalaman selama lebih 30 tahun dalam bidang pemasaran. – GayahIsTyping
You may also like
-
M.Nasir Lakar Sejarah – Tampil Konsert Khas Hari Raya
-
Terpaling Raya Jadi Tum Tum Raya – Shiha Zikir Dan Ieda Berkurung 22 Jam Demi Muzik Video
-
Beraya Dengan Biduanita Negara – Siti Nurhaliza Pamer Koleksi Busana Peribadi Sempena Budaya Raya
-
Khai AF Pengsan Tiba-Tiba – Terima Dua Jahitan Di Dahi
-
Elemen Lawak Seram Lagu Raya – ZUS Coffee Lancar Lagu Cerita Malam Raya