Suria FM mengekalkan kesemua penyampai radio itu bagi musim 2025 selepas mencatatkan peningkatan 292 ribu pendengar atau 10% pada keputusan terkini kaji selidik GfK Pengukuran Pendengaran Radio, Wave 2, 2024.
Pengurus Besarnya Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berkata tidak ada sebab untuk menukar penyampai kerana masing-masing memberikan komitmen terbaik dan mencatatkan peningkatan pendengar pada setiap segmen yang dikendalikan.
“Kami akan kekal bersama penyampai yang sedia ada untuk 2025 dan pelbagai perancangan sudah diatur termasuk program Ramadan dan Syawal,
“Pada saya tiada alasan untuk menukar penyampai kerana kami sepasukan bekerjasama sehingga Suria FM mencatat prestasi cemerlang apabila berjaya menarik lebih 3.3 juta pendengar seminggu berdasarkan kajian yang diumumkan baru-baru ini,” katanya.
DJ Lin menambah pembaharuan akan dibuat menerusi beberapa segmen baharu serta program tambahan yang akan diumumkan kelak.
Dia berkata demikian pada majlis sambutan Suria FM ke-17 tahun yang diadakan di Menara Star baru-baru ini.
Segmen Suria Cinta yang dikendalikan oleh DJ Lin setiap Ahad hingga Jumaat, bermula jam 8.00 malam hingga 1.00 pagi mencatatkan peningkatan jumlah pendengar mingguan tertinggi di kalangan segmen utama di Suria FM iaitu sebanyak 341,000 pendengar (33%), diikuti segmen Gaya Suria dan Muzik Top Suria kelolaan Cik Piah setiap Isnin hingga Jumaat, bermula jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang sebanyak 303,000 pendengar (23%).
Manakala, segmen Morning Morning Suria kendalian Ajak, Dato Fizz Fairuz dan Suraya setiap Isnin hingga Jumaat, bermula jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi mencatatkan peningkatan sebanyak 170,000 pendengar (12%) dan segmen Suria Petang yang dihoskan oleh Sharifah Shahirah, Chiwan, dan Kai Hassan setiap Isnin hingga Jumaat, dari jam 3.00 petang hingga 7.00 malam meningkat sebanyak 152,000 pendengar (9%).
“Kami amat gembira dengan keputusan kaji selidik bagi Wave 2, 2024 yang menunjukkan Suria FM terus menjadi pilihan utama pendengar radio di Malaysia.
“Pencapaian ini adalah hasil komitmen padu dan kerja keras team Suria yang sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk para pendengar.
“Kami komited untuk terus memperkukuhkan jenama Suria agar kekal relevan dan menjadi pilihan pendengar di Malaysia sekaligus terus berusaha menghasilkan kandungan yang menarik dan dekat di hati pendengar,” katanya. – GayahIsTyping
You may also like
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists
-
Babah Kisah Realiti Kasih Sayang – Ingatan Agar Hargai Seorang Bapa
-
Hanya Satu Nora Ariffin – Kekal Dalam Liga Penyanyi Terbaik Negara
-
Ayda Jebat Terus Jadi Pilihan – Ada Jenama Kekal Sejak Sedekad
-
Kerja ‘Gila’ Awie – Bakal Persembah Lagu Level ‘TRX’ Pada Konsert TRIAD