SHAH ALAM : Nabila Razali menarik diri dari berjuang menyampaikan lagu popularnya Peluang Kedua pada separuh akhir Muzik-Muzik 35 (SFMM35) Ahad ini.
Perkara itu disahkan oleh pengurus penyanyi itu Ash dalam satu kenyataan hari ini.
Ash dalam kenyataan itu berkata keputusan itu dibuat kerana masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan.
“Keputusan ini dibuat atas nasihat doktor, guru vokal Datuk Syafinaz Selamat serta komposer lagu Peluang Kedua, Hael Husaini dan MFMF.
“Pelbagai usaha rawatan sudah dilakukan termasuk khidmat doktor pakar namun berehat dalam jangka masa yang panjang adalah jalan terbaik,” katanya.
Menurut Ash, keputusan yang dibuat sangat sukar buat Nabila berikutan peluang untuk menyanyi di pentas SFMM antara yang menjadi impian beliau sebagai penyanyi.
“Dia sudah menjalani latihan vokal sejak September lalu dengan Datuk Syafinaz sebagai persiapan awal. Namun masalah ini dikesan sejak minggu lalu dan menjadi semakin teruk,” katanya.

Ash berkata pihaknya masih mencari pengganti terbaik untuk lagu berkenaan bagi meneruskan perjuangan pada SFMM35.
Dia berkata perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada pihak Muzik-Muzik.
Nabila sebelum ini menjadi perdebatan netizen apabila gagal menyampaikan lagu Peluang Kedua dengan baik malah penyanyi itu turut membuat kenyataan balas.
Gayah doakan Nabila lekas sembuh. Jujurnya Gayah suka Nabila kerana berusaha keras memperbaiki kerjaya seninya.
You may also like
-
M.Nasir Lakar Sejarah – Tampil Konsert Khas Hari Raya
-
Terpaling Raya Jadi Tum Tum Raya – Shiha Zikir Dan Ieda Berkurung 22 Jam Demi Muzik Video
-
Beraya Dengan Biduanita Negara – Siti Nurhaliza Pamer Koleksi Busana Peribadi Sempena Budaya Raya
-
Khai AF Pengsan Tiba-Tiba – Terima Dua Jahitan Di Dahi
-
Elemen Lawak Seram Lagu Raya – ZUS Coffee Lancar Lagu Cerita Malam Raya