KUALA LUMPUR : Di laman media sosial miliknya, figura ini dilihat sebagai seorang sosialit masyhur yang hidup mewah bersama balutan jenama terkenal di tubuh.
Hakikatnya, Ezurin Khyra ibu tunggal kepada lima orang anak ini juga membesarkan kesayangannya mengikut aliran dan ajaran seperti insan lagi.
Ramai yang kagum apabila wanita yang dilihat berada pada kelas tersendiri ini bersetuju rutin hidupkan dirakamkan dan dikongsi dalam rancangan The House musim baharu.
Tiada skrip atau dibuat-buat, episod pertama yang ditayangkan jelas memaparkan Ezurin masih mahu anaknya kenal susur galur darah asal mereka.
Semudah beberapa kisah yang dikongsi anaknya sebagai contoh, makanan kegemaran mereka, nasi lemak dan nasi goreng masih dalam senarai.
Bukan itu sahaja, Ezurin turut dengan spontan meninggalkan pesan buat anaknya yang terpaksa terbang ke London untuk sesi persekolahan agar menjaga sesama mereka.
“Kalau ada rasa tak best selalu baca Al Fatihah,” antara pesan luhur seorang ibu kepada anaknya.
Gayah sempat bertanya kepada Ezurin, wanita ini mengaku sering mengingatkan anaknya supaya membaca doa sebelum melakukan sesuatu.
“Saya pesan pada mereka baca doa sebelum makan dan selalu baca Al Fatihah.
Dari segi amalan lain saya turut kenalkan dan ajar mereka mengenai budaya kita, makanan dan amalan,” katanya.
Ezurin turut ditanya, adakah dia ada melakukan self edit sebelum bahan rakaman disiarkan, dia menafikan hal itu.
Bagi dirinya, no edit nor fibs. What you see is what you get.
“Apa yang anda lihat dan dipaparkan itulah saya. Termasuk menukar lima pakaian dalam sehari. Ya, memang itu saya,” katanya.
Di bawah jenama ‘Gempak Original Series’, program realiti ‘The House’ kembali dengan musim yang keenam menampilkan ‘Princess Ezurin’.
Penonton akan disajikan dengan rutin Ezurin dan cahaya mata kesayangannya,
Tunku Amaan Khrya, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra serta rakan karib Ezurin, Magie Abang Saufi.
Ketua Content Studio Astro Syazwan Zakariah, berkongsi bukan mudah untuk mencuri masa Ezurin yang sentiasa sibuk dengan aktiviti.
“Kami beruntung bila rumah Ezurin sedang diubahsuai ketika program ini dirakamkan dan ia adalah peluang terbaik,” katanya.
Syazwan berkata pihaknya yakin musim ini bakal memikat hati para penonton yang pastinya berasa teruja untuk
mengenali keluarga ini dengan lebih dekat.
Tambahan pula, ini juga adalah perkongsian yang tidak pernah ditayangkan di platform lain sebelum ini.
Gayah seronok tengok Ezurin dan keluarga. Kehidupan mereka penuh dengan kasih sayang.
You may also like
-
Balai Seni Negara Perkasa Kreativiti Generasi Muda – Program Sayembara Lukisan Karya Agung Cetusan Bakat Mahasiswa YAE Generation Artpreneur
-
Ayda Jebat Terus Jadi Pilihan – Ada Jenama Kekal Sejak Sedekad
-
Kerja ‘Gila’ Awie – Bakal Persembah Lagu Level ‘TRX’ Pada Konsert TRIAD
-
KRU Bakal Tawan Axiata Arena – Reunion Peminat Menerusi Konsert GenKRU
-
Biduanita Memukau Sukma, Judika Memikat Jiwa – Pukau Lebih 25 Ribu Penonton Dengan Paduan Vokal Gemersik