Syarikat produksi MyContent Distribution Sdn Bhd memilih untuk menghasilkan sebuah filem paparan budaya masyarakat dengan jjalan cerita yang menyentuh perasaan berjudul Tegkang.
Penerbit Eksekutif, Lyn Nasihin berkata, perkataan ‘Tegkang’ diambil daripada bahasa kaum Kelabit di Sarawak yang bermaksud ‘Pelangi’.
“Idea asal jalan cerita filem ini adalah daripada pengarah iaitu Josh Nawan. Sewaktu sesi perbincangan, dia berkongsi konsep dan jalan cerita cukup menambat hati saya.
“Ia bukanlah sekadar sebuah cerita cinta semata-mata, tetapi turut mengangkat tema tentang kasih sayang, kebebasan dan sikap berpegang pada janji,” ujarnya.
Jelas Lyn, filem berkenaan menampilkan barisan pelakon iaitu Syafie Naswip dan Michelle Lungan yang juga seorang pelakon Kelabit kelahiran Sarawak.
Tegkang mengisahkan tentang hubungan antara seorang pelancong, Hanafi (Syafie) dengan seorang gadis tempatan iaitu Rinai (Michelle) yang dibesarkan di sebuah kampung di kawasan pedalaman di Bario, Sarawak.
Bagaimanapun, kehadiran Hanafi ke kampung itu ternyata telah mengubah kehidupan Rinai, yang akan mengakibatkan sebuah rahsia lama yang tersimpan akhirnya terbongkar.
Mengenai keistimewaan filem ini, Lyn memberitahu pihaknya menggunakan 99 peratus pelakon tempatan Kelabit dan penggambaran juga hampir keseluruhannya dilakukan di Bario.
“Menariknya tentang Tegkang adalah paparan tentang budaya dan kehidupan masyarakat kaum Kelabit yang jarang diketengahkan dan kurang diketahui masyarakat luar,” ujarnya.
Jelasnya lagi, paling istimewa apabila baru-baru ini Tegkang memenangi Anugerah Juri di Festival Lift-Off yang dihoskan oleh Pinewood Studios UK.
Sementara itu, Josh selaku pengarah pula memberitahu terpaksa berhadapan dengan beberapa cabaran sepanjang penggambaran, tidak melemahkan semangatnya.
“Pertama sekali adalah dari segi logistik kerana perjalanan untuk ke Bario sahaja mengambil masa selama 15 jam melalui jalan darat dari bandar terdekat,” katanya yang berharap agar naskhah sulungnya itu akan mendapat tempat di hati penonton.
“Namun, lebih penting Tegkang mampu menjadi platform untuk orang ramai mengenali lebih dekat tentang Bario dan kaum Kelabit,” ujarnya sambil menambah filem itu bakal menemui penonton diseluruh negara pada 28 November ini. – GayahIsTyping
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan