Mee Calong Pak Mat Beserah ‘port’ wajib singgah di Kuantan!
Mee Calong, Mee Hailam, Mee Goreng, Mee Rebus
Baru-baru ini, Cik Gayah & the gang jalan-jalan cari makan sekitar Kuantan. Mana sahaja lokasi yang dicadangkan kenalan Cik Gayah, pasti kami singgah.

Satu darinya, Warung Pak Mat ni lah! Dari kejauhan kelihatan sebuah warung kecil berwarna cokelat terletak di bawah pokok. Suasananya, Subhanallah, jarang dapat kita lihat lagi di ibu kota.
Niat asal kami hanya ingin mencuba Mee Calong sahaja. Sekali Gayah ternampak Mee Hailam yang sedang dimasak menyelerakan! Apa lagi, kami pun orderlah menu berbeza-beza.

Nama pun jalan-jalan cari makan, haruslah merasa semuanya! Mee Calong, Mee Goreng, Mee Rebus, Mee Hailam, Nasi Lemak, Sata dan kuih-muih antara menu yang kami cuba.
Kenapa Mee Calong? Gayah pun tak pasti. Mee ini kalau dilihat sama seperti hidangan mee sup, tapi rasanya memang lain.

Kuah sup segar dilengkapi telur, tauhu, tauhu kering dan hirisan daun bawang, serta yang paling istimewa ialah bebola ikan segar pasti menangkap selera anda saat suapan pertama.

Ya, pada dasarnya sangat biasa tapi rasanya istimewa. Pastinya, Gayah yakin kelebihannya ialah setiap pesanan mee yang dibuat akan dimasak segar.

Kata kawan Gayah, bukan masak pukal tapi masak ikut setiap kali tempahan dibuat.
Selain Mee Calong, Sata di Warung Pak Mat juga antara menu yang wajib anda cuba ketika kunjungi Kuantan.

LOVE! Inilah gambaran paling sesuai Gayah bagi pada masakan di Warung Pak Mat.

Gayah, pasti akan kembali. Pak Mat tunggu Gayah ya! (Gayah bukan jatuh hati pada Pak Mat tapi pada seleksi meenya yang sedap)

You may also like
-
RR By Rizman Ruzaini Kekal – Tambah Koleksi Selain Baju
-
Raikan Ramadan & Syawal – Julung Kali Di Damas Ramadan Market
-
Duo Pereka Fesyen Lancar Lagu Raya – Siti Nurhaliza & Aliff Syukri Sumber Inspirasi
-
Kemeriahan Ramadan & Syawal Sudah Bermula Di Malawati Mall – ‘Syawal Membayu’ Angkat Nostalgia Suasana Kampung
-
SVG Worldwide Lancar Fesyen Streetwear 2025 – The Journey by Ashraf Anuar