SUNGAI BULOH: Ambil tahu dari mula sampai akhir. Itu jaminan figura anggun ini kala berbicara mengenai produk keluaran jenama dirinya.
Bagi Fazura, tidak ada sekelumit kompromi untuk dia apabila membuat keputusan melahirkan jenama Fazura Skincare yang meletakkan kualiti sebagai keutamaan.
“Bukan mudah untuk saya membuat keputusan mengeluarkan jenama saya dan setiap hal saya ambil tahu.
“Bagi saya Fazura Skincare lahir untuk memberikan peluang kepada pengguna menggunakan produk berkualiti pada harga mampu milik,” katanya kepada Gayah.
Melihat pada kredibiliti dan pesona Fazura, wajah ini sudah tampil dengan pelbagai siri produk kecantikan jenama antarabangsa.
Baginya, tidak salah mencuba apatah lagi mendapat pertanyaan dan sokongan daripada ramai pihak termasuk peminatnya.
Produk Fazura Skincare sesuai untuk semua jenis kulit termasuk masalah kulit berjerawat. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai agen-agen anti penuaan dan pencerahan.
Selain itu, produk ini melembapkan dan menghidrasi kulit agar kulit lebih sihat dan berseri-seri.
Set eksklusif Fazura Skincare lengkap dengan pencuci wajah, skrub wajah, krim siang dan malam dan juga serum bersaiz mini yang sangat sesuai untuk dibawa ke mana-mana sahaja.
“Sekarang ini set Fazura Skincare menjadi rutin harian saya dan ia sangat melegakan dan mudah digunakan setiap hari.
“Teksturnya yang tidak berminyak membuatkan saya berasa sangat segar dan membantu membaiki kulit saya terutama pada hari yang sibuk,” katanya.
Fazura Skincare mengandungi ekstrak biji Avena Strigosa yang juga dikenali sebagai Ekstrak Black Oat. Bahan ini sangat berkesan dalam memberikan penambahbaikan dari segi hidrasi kulit untuk tempoh masa yang lama.
Produk ini juga mengandungi Ekstrak Cynanchum Atratum iaitu sejenis ektstrak daripada perubatan Korea yang membantu mengawal fungsi pertahanan kulit, menghalang radangan dan memberi kesan yang mendalam untuk penjanaan semula kulit.
Para peminat produk penjagaan kulit boleh membeli produk Fazura Skincare dengan harga pengenalan iaitu RM89.90 dan info lanjut, boleh didapati melalui akaun Instagram @fazuraskincare.
Gayah mmemang selesa dengan Fazura yang juga mesra disapa Faz kerana dia seorang yang positif. Cantik, manis serta sangat hardworking! Fabulous Faz.
You may also like
-
Survival Seni Sissy Iman – Lupakan Tas Tangan Mewah Demi Sebuah Impian
-
‘King Of Grill BBQ Buffet Dinner’ – Selera Premium Berpatutan Di The Pearl Kuala Lumpur
-
Magika Seorang Melly Goeslow – Kepuasan Total Seisi Panggung
-
Ziana Zain Pemilik Definisi Diva Sebenar – 56 Years Old And Still Standing Strong
-
Survival Seni Siti Nordiana – 25 Tahun Dan Terus Mekar