January 23, 2025

Yuna Makan Pisang Elak Gementar

KUALA LUMPUR: Penyanyi Yuna mengakui masih ada rasa gementar meskipun sudah 15 tahun beraksi di pentas termasuk kini sudah berkelana hingga ke negara Uncle Sam.

Dia berkata, perasaan itu akan hadir kerana baginya setiap kali muncul di pentas juga bermakna akan ada dalam kalangan khlayak kali pertama menonton dirinya.

“Bila buat persembahan, confirm akan gementar. Saya sudah 15 tahun membuat persembahan tetapi setiap show is a different and unique show.

“Tak boleh samakan sebab bagi saya bila say perform, ada yang tak pernah tengok. Kali pertama buat mereka. Saya nak bagi a good fist impression buat mereka. Gementar kat situ.. lepas tu dah ok,” katanya.

Penyanyi lagu Terukir Di Bintang itu turut berkongsi tip dirinya untuk mengawal rasa gementar berkenaan.

“Satu trick yg ramai artis buat sebelum show ialah warm up dan makan pisang, sebab pisang bantu untuk relakskan diri dari gementar,” katanya.

Pemilik nama sebenar Yunalis Zarai itu turut melahirkan rasa teruja kerana bakal beraksi dalam Festival Supalapa di Resort World Awana, Genting Highlands pada 2 dan 3 Mac ini.

“Persembahan saya akan berlangsung dalam durasiĀ  sejam dan ibarat kesinambungan show Yunaverse tempoh hari. Ada set lagu yang sama cuma sebab masa untuk festival pendek sikit jadi kita cuba untuk compresskan untuk sejam,” katanya sambil menambah akan menyampaikan lagu berjudul Forever More yang sangat bersesuai dengan mood festival.

Yuna turut berkata tidak menjadi masalah baginya berulang alik dari US ke Malaysia sejak 12 tahun lalu demi kerjaya muziknya.

“Selalunya once every three month saya balik tapi Alhamdulillah , di KL banyak event. Jadi sekarang sejak Oktober saya balik setiap bulan,” katanya.

Ditanya mengenai dirinya yang masih menerima persembahan di Malaysia, Yuna berkata dia tidak menolak jika tawaran yang diberikan bagus untuknya.

“Kalau ada persembahan di Malaysia, kalau peluang itu bagus untuk saya, saya akan terima. Saya cari peluang untuk balik KL dan buat persembahan di Malaysia. Bila ada tawaran dan memadai serta bagus untuk saya, saya akan ambil,” katanya. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts