SHAH ALAM: Semua terkesan dalam menempuhi hidup dan cabaran Covid-19 termasuk selebriti seperti Nabil Ahmad.
Bagi dirinya, dia hampir hilang punca dan mengangkat tangan menyerah kalah memikirkan komitmen yang perlu ditanggung.
Baginya, usaha tanpa kenal malu dan jemu harus dibuat dan Nabil puas kerana mengakui ‘pewangi’ menyelamatkan dirinya.
Nabil berkata, kerjasama dengan syarikat, SugarBomb dalam menghasilkan produk pewangi kereta dan minyak wangi memberikan peluang baharu bukan saja buat dirinya, malahan kawan-kawan dan peminat serta orang ramai.
Nabil memperkenalkan produk SugarBomb X LuPK yang juga produk pewangi kereta dan minyak wangi. Memiliki tujuh jenis bauan untuk pewangi kereta, manakala satu jenis bauan untuk produk minyak wangi.
“Saya akui perniagaan pewangi ini membantu saya yang memang hilang pendapatan sepanjang tiga bulan ini.
“Malah lebih 20 job saya yang sudah diikat sehingga hujung tahun ini ditangguhkan ekoran musibah yang melanda,” katanya.
Kongsi Nabil, selain menghulurkan bantuan wang ringgit, dia turut menggalakkan rakan-rakan sekampung yang rapat dengan memulakan perniagaan pewangi yang diusahakan.
Pengurus Pemasaran SugarBomb, Mohammad Syafiq Yon Afrizal berkata, Nabil dipilih berikutan mudah memberikan kerjasama dan berusaha membantu menaikkan jenama SugarBomb.
“Kami bekerjasama dengan Nabil dalam menghasilkan produk minyak wangi, sejak enam bulan lalu.
“Saya percaya pemilihan Nabil bertepatan dengan misi SugarBomb untuk membantu mereka yang terjejas sumber pendapatan ketika berdepan dengan penularan COVID-19 dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
“Seperti yang diketahui, ramai kehilangan kerja dalam tempoh ini, jadi kami ingin membantu mereka. Kami mencari ejen jualan untuk produk SugarBomb ini,” katanya.
SugarBomb Worldwide Sdn Bhd beroperasi sebagai syarikat yang menghasilkan pelbagai produk minyak wangi dan pewangi kereta. Ia memiliki kilang sendiri di Bukit Raja, Klang dan Kota Kinabalu, Sabah.
Sejak mula beroperasi sejak 2017, SugarBomb mengeluarkan 40 jenis produk minyak wangi dan 25 jenis bauan pewangi kereta.
Selain Nabil, Achey turut dipilih sebagai duta produk itu. Achey pula mempertaruhkan lima jenis bauan menerusi produk pewangi kereta iaitu SugarBomb X Achey Edition.
You may also like
-
SFMM39: 30 Lagu Bersaing – Saingan Power Vocal & Penyanyi Baru
-
Gie Cipta Sejarah – Juara Wanita Pertama Kilauan Emas
-
Jamal Abdillah Imbau Memori Cinta Zack Azura – Konsert Istimewa Februari 2025
-
Aliff Syukri Tolak Tawaran Konsert – Fokus Perniagaan Beg Kulit Setanding Jenama Mewah Antarabangsa
-
Ernie Teruja Persembahkan Dirinya Di Aura: Ernie Zakri Live in Concert – Sufi Rashid Akui Ernie Pilihan Utama