PETALING JAYA: Usahawan yang bekerjasama dengan Datuk Seri Aliff Syukri berkata mereka terlalu sibuk sehingga tidak sempat ambil peduli mengenai apa yang berlaku pada lelaki itu.
Bagi mereka, setiap kali Aliff diheret ke dalam kancah kontroversi, kesemua peniaga di bawah jenama produk usahawan selebriti itu akan sibuk sehingga ke awal pagi melayan permintaan pelanggan.
“Kami tak menang tangan layan pesanan dan pertanyaan mengenai produk yang masuk apabila berlaku kontroversi.
“Kami tidak sempat ambil peduli kerana ketika itu rezeki datang mencurah-curah,” kata rakan kongsi Mohd Zaim Soo.
Dia berkata demikian ketika ditemui pada majlis perasmian butik AS Hijab yang pertama di Giant Kota Damansara di sini.
Zaim mengulas mengenai pertanyaan apakah perasaannya serta rakan usahawan produk Aliff yang lain apabila setiap kali figura itu berdepan dengan kecaman dan kritikan ekoran kontroversi yang tercetus.
Adik kepada Zaim, Zahirah Soo juga bersetuju dengan kenyataan abangnya itu kerana bagi mereka Aliff banyak membantu dan membuka peluang perniagaan kepada ramai pihak termasuk yang sudah berjaya.
“Bagi kami yang penting kita semua sama-sama berusaha membina empayar perniagaan dan saling membantu antara satu sama lain,” katanya.
Zaim dan Zahirah antara usahawan cemerlang AS Legacy dan D’Herbs dengan jualan mencecah jutaan ringgit.
Alif yang berada di sisi berkata, tidak ada apa yang lebih bermakna apabila melihat usahawan produknya berjaya dan mampu mencapai impian mereka.
“Saya seronok bila tengok mereka dapat pakai kereta mewah serta mampu beli rumah dan sebagainya.
“Lebih bermakna apabila usahawan seperti Zaim dan Zahirah juga bersedia membimbing anak muda yang mahu berjaya dalam perniagaan,” katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai butik AS Hijab yang dibuka itu, Isteri Aliff Datin Shahida berkata Zaim dan Zahirah sangat komited menjadikan semua ini realiti.
“Alhamdulillah hijab kami terus mendapat sambutan dengan harga mampu milik namun kualiti tudung premium,” katanya.
Zahirah menambah, kira-kira tiga cawangan lagi bakal dibuka termasuk di kawasan pantai timur selain sudah ada permintaan dari usahawan Singapura serta Thailand.
Dia juga berkongsi edisi tudung AS Hijab juga berjaya dijual sebanyak 250,000 sebulan selepas mula dijual secara suka-suka kira-kira tujuh tahun lalu.
Tudung AS Hijab juga dikeluarkan secara eksklusif iaitu hanya 500 helai bagi setiap corak.
Mereka yang ingin mendapatkan bimbingan perniagaan boleh menghubungi Zahirah di talian 0163616289.
Terdahulu, majlis perasmian butik berkenaan diserikan dengan persembahan Tarian Singa yang sinonim dengan masyarakat Cina memandangkan Zaim dan Zahirah ada pertalian darah kaum terbabit. – GayahIsTyping
You may also like
-
Fattah Fazura Cerai: Nafi Curang, Tak Sangka Buka Aib
-
Fazura Fattah Cerai – Abai Nafkah, Tiada Persefahaman Dan Curang
-
Terima Kasih Suria FM – Buka Peluang Penyanyi Dikir Kelantan Ketengahkan Bakat
-
Abang Bomba Pendengar Setia Suria FM – Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire Tarik Peminat Brunei, Singapura
-
Baim Wong Bawa Anna Jobling Ke Indonesia – Terima Tiga Tawaran Selepas Lembayung