Pelbagai pilihan menu menjadi sajian setiap pagi lebaran, dari yang manis hingga yang pedas mengikut citarasa masing-masing.
Selain ketupat, lemang dan rendang, di atas meja pastinya tersusun rapi balang yang berisi pelbagai jenis kuih.
Itu juga tradisi raya Sherry Alhadad. Malah, paling penting kuih berasaskan coklat wajib ada bagi selebriti ini.

“Tidak kisahlah kuih apa sekalipun tapi coklat wajib ada. Kalau saya pastinya Almond London menjadi pilihan hati,” sembang santai Sherry bersama Gayah.
Bintang berbakat besar ini mengakui dirinya penggemar coklat dan hidangan itu menceriakan sambutan lebaran saban tahun.
Berkongsi cerita raya kali ini, pengacara pilihan masa kini ini berkata, ia adalah sambutan yang tetap diraikan dengan kesyukuran.

“Bagi saya bersyukurlah kerana kita masih aman dan dapat raikan dengan tenang. Dalam bertahun sebelum ini meriah, kali ini tak mengapalah asalkan kesihatan semua terjamin.
“Jujurnya di sebalik beberapa kisah mereka yang ingkar PKP Covid-19, saya bangga dengan majoriti rakyat yang ikut nasihat dan peraturan. Kita jaga kita,” katanya.
Akui tetap sibuk pada raya kali ini sebagai duta Syawal Astro serta terbabit dengan rancangan raya di stesen sama dan stesen lain, Sherry gembira dengan rezeki buatnya.

“Kata orang semua ini selalu buat saya beringat agar sentiasa berikan yang terbaik selepas berusaha sebelum ini. Sesuai dengan sambutan lebaran, kita sentiasa menginsafi diri,” katanya.
Buat Geng Gayah, Sherry ajak beraya di YouTube : gayah is typing sebab dia ada pesanan khas dan kongsi kisah duit raya.

Gayah sayang Sherry selalu. Artis yang mempunyai pakej lengkap serba serbi.
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan