December 8, 2024

Radin Ingat Kenangan RM900

Sentiasa membumi dan ingatkan diri bagaimana semuanya bermula, menjadi pegangan selebriti yang disenangi ramai ini.

Bagi Radin Amir Effendi, 30, besar manapun kejayaan yang dicapai, jangan pernah lupa perjuangan ke arah itu.

“Saya selalu ingatkan diri, jangan lupa orang yang membantu kita dan berjasa dalam perjalanan kita mencipta kedudukan kita pada hari ini,” kata penyampai radio Era ini.

Lebih mesra disapa Radin, antara kisah yang sentiasa kekal diingatannya apabila menerima duit raya sehingga RM900 ketika bakal melanjutkan pengajian ke UiTM.

“Maklumlah, saya orang kampung jadi ketika mereka dapat tahu saya akan masuk universiti penduduk kampung berkongsi gembira dan sumbangkan duit raya buat saya.

“Saya sendiri terharu, bila kira duit ketika hendak mendaftar masuk selepas menyambut raya tidak sangka saya dapat mencecah RM900. Itu rezeki dan semangat buat saya,” katanya.

Diajak berkongsi cerita hari raya pada kali ini, dia berkata ia tetap sambutan kemenangan yang sama bagi umat Islam iaiti meraikan perjuangan sebulan puasa.

“Ramai yang gelar Raya PKP tapi bagi saya semua ini pastinya ada hikmah. Saya akui jarak terjadi akibat musibah pandemik ini membuatkan kasih sayang sesama kita lebih erat,” katanya.

Mungkin ramai yang lupa dek sibuk bekerja terhadap orang tersayang, apa yang berlaku membuatkan ramai yang sedar betapa sakitnya rindu orang tersayang termasuk keluarga.

Arjuna hati gadis di awan biru ini juga, berkongsi kuih kegemaran yang wajib ada semasa sambutan Syawal ialah Cornflakes Bermadu.

Bagi Geng Gayah semua jangan lupa ke YouTube : gayah is typing untuk menonton ucapan eksklusif raya dari Radin siap ada bagi special love.

Gayah akui Radin antara bakat pelapis yang memiliki kualiti tersendiri sesuai dengan lulusan dengan pembawakan diri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts