April 19, 2024

Izreen Azminda, BSD Antara Selebriti Meriahkan Car Boot Sale DXN Cyberville

CYBERJAYA: Barisan selebriti popular seperti Izreen Azminda, Wanna Ali, Syed Ali, kumpulan BSD, Lan Solo, Issey Fazlisham, DJ Lin Suria FM dan Adzrin Azhar bakal memeriahkan acara Car Boot Sale yang julung kali diadakan di DXN Cyberville, di sini.

Acara itu bakal berlangsung pada Sabtu ini bermula pukul 10 pagi sehingga 8 malam dan dijangka bakal menjadi tumpuan sempena musim cuti sekolah yang bermula Jumaat ini.

Menurut pelakon Izreen Azminda yang turut serta sebagai peniaga, acara seperti ini cukup menarik kerana dapat mendekatkan dirinya bersama peminat.

“Saya akan menjual pakaian preloved seperti blouse dan juga baju kurung yang ada antaranya masih belum dipakai. Sebelum ini saya pernah menjual pakaian menerusi Instagram dan sambutannya amat menggalakkan. Jadi, acara ini memang sangat ditunggu-tunggu.

“Jika di Instagram tidak dapat bertemu secara terus dengan pembeli, tetapi di Car Boot Sale ini pembeli dapat melihat sendiri pakaian yang ingin dibeli,” katanya.

Dalam pada itu, bekas ahli kumpulan VE yang kini ingin dikenali sebagai BSD (Bukan Sesiapa Dowh) melihat acara Car Boot Sale ini sebagai peluang untuk mengaktifkan kembali perniagaan mereka.

“Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kami memang berniaga, kemudian semuanya terhenti kerana penularan virus Covid-19.

“Oleh demikian, acara seperti ini dilihat sebagai satu peluang yang bagus untuk kami kembali berniaga,” kata Fakhiz BSD.

Selain jualan pelbagai barangan dan makanan, acara Car Boot Sale tersebut juga bakal dimeriahkan dengan persembahan penyanyi jemputan dan kemunculan pelakon yang sedang meningkat naik Hariz Hamdan.

Bukan itu sahaja, terdapat juga banyak hadiah dan barangan untuk dimenangi menerusi kuiz Teka dan Menang.serta aktiviti kanak-kanak seperti pertandingan mewarna, lukisan wajah (face painting), seni pasir (sand art) menanti anda. – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts