November 27, 2022

Forteen Pandai Berniaga

Kalau ikutkan ramai yang tak sangka Forteen mampu pergi sehingga ke separuh akhir Gegar Vaganza 5 (GV5). Ada yang siap gelak-gelak kononnya Forteen dan Elite antara calon awal tersingkir.

Ternyata Izzue Islam, One, Ameer dan Ariz buktikan mereka bukan calang-calang. Meskipun Ameer dan Izuue antara yang disebut antara menyebabkan markah dipotong, One banyak membantu.

Gayah tak suka tanya orang sembarangan, jadi sempatah Gayah bersembang dengan juri profesional dan tetap GV5, maestro muzik Malaysia, Datuk Ramli MS untuk tahu apa kekuatan Forteen.

“Mereka pandai berniaga,” katanya ringkas.

Ramli berkata, mereka bijak beri warna kepada persembahan dan menyusun harmoni.

“Tetapi mereka tidak boleh selesa sangat, makin lama saingan mereka adalah orang-orang yang lebih baik,” katanya.

Gayah suka semangat juang Forteen, merendah diri dan tidak sombong. Media pun ramai sayang mereka. Forteen, teruslah berjuang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts