KUALA LUMPUR: Jurusolek terkenal pilihan Datuk Seri Siti Nurhaliza, Epie Temerloh mengakui berdebar sepanjang persiapan kejutan penyanyi nombor satu negara itu tampil di pentas Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) malam Ahad.
Bercakap kepada Gayah, Epie berkata dirinya antara yang berdebar terutamanya ketika mengiring TokTi sebelum melangkah ke pentas.
“Jujurnya memang ada yang bertanya tapi saya memang tidak tahu apa-apa mengenai kejutan ini pada peringkat awal.
“Saya hanya diminta kosongkan tarikh pada hari berkenaan kerana perlu menata rias TokTi. Tapi memang tidak dimaklumkan persembahan apa,” katanya.
Epie berkata, apa yang pasti dia hanya menjalankan tugas seperti biasa dan berusaha memberikan yang terbaik kepada penyanyi nombor satu Malaysia.
Dia yang sudah lebih 10 tahun memegang kepercayaan penyanyi yang mula mencuri hati menerusi lagi Jerat Percintaan itu mengakui, setiap yang lahir dari Siti Nurhaliza sentiasa tersusun rapi.
“Pastinya bila saya tahu juga ia adalah amanah. Lagipun ia bukan urusan untuk saya campuri. Saya selalu ingatkan diri tugas saya profesional dan menjaga etika sebaik mungkin,” katanya.
Mengenai solekan yang diberikan kepada Siti Nurhaliza, Epie berkata ia perlulah sesuai dengan persembahan pentas berskala besar.
Katanya, solekan pada malam tadi dibuat teliti mengikut penampilan dan persefahaman antara dirinya dan penyanyi itu.
Mengenai ramai yang memuji sentuhan solekan yang dibuat, Epie berkata semua adalah rezeki dan kemahiran kurniaan Allah.
“Pengalaman banyak membantu saya untuk mempersiapkan buah hati ramai ini dan kami selalu berbincang,” katanya.
Sempat ditanya mengenai masalah teknikal yang berlaku, Epie berkata semuanya ada hikmah dan Siti Nurhaliza serta Bob berjaya menutupnya dengan sangat baik.
Secara peribadi, Epie mengakui turut teruja dan gembira apabila harapan ramai peminat mahu melihat kemunculan TokTi di pentas AJL terlaksana.
Gayah juga gembira. Itulah Siti Nurhaliza yang berusaha memenuhi hasrat ramai dan sudi memberikan sokongan kepada Bob yang memperjuangkan lagu nyanyiannya Anta Permana.
TokTi, kau tiada pengganti.
You may also like
-
Angkara Gigitan Ziana Zain – Pontianak 200 kg Mangsa Cinta Tiga Segi
-
FYP Untuk Siapa Yang Makan Cili – Drama Band Tampil Konsert Sulung
-
Suria FM Terus Jadi Pilihan – Jelajah Suria Kuasa 2 Tawan Empat Lokasi
-
Dedah Kisah Untold Story – Wajib Tonton Teater Dang Anum Versi The Redholah
-
Dari Pelakon Kini Penyanyi – Taiyuddin Dan Uncure Lahir Karya dan Persembahan Buat Palestine