January 19, 2025

Nasi Berlauk Lockdown Ubati Rindu Gegar FM

KUALA LUMPUR : Nasi Berlauk Lockdown menjadi ubat rindu buat pendengar setia Gegar FM di Tumpat, Kelantan sejak PKP di negara ini.

Pengurus Kandungan Gegar FM Raja Nadia Salwana berkata, Sabtu lalu stesen radio itu membelanja 100 bungkus Nasi Berlauk Lockdown yang tular di Tumpat selepas menjual juadah berkenaan dengan harga RM1.50 sahaja.

Beliau berkata, usaha itu sebagai sokongan kepada peniaga kecil yang turut mengambil inisiatif dan prihatin dengan situasi yang melanda sekarang.

“Kita tertarik dengan usaha peniaga yang menjual harga murah dan pada masa sama kami ingin memberikan sokongan kepadanya.

“Rindu kami semua di Gegar kepada pendengar sedikit terubat apabila dapat belanja mereka nasi berkenaan,” katanya.

 

Raja Nadia berkata, stesen Gegar FM sentiasa menjalinkan hubungan rapat dengan pendengar termasuk menganjurkan pelbagai aktiviti turun padang sebelum ini.

Namun PKP membataskan semua aktiviti yang telah dirancang dengan pendengar sejak negara berdepan dengan pandemik Covid-19.

Walaupun hanya mewakilkan Siti Suhada iaitu pemilik perniagaan berkenaan, usaha itu dapat membawa mesej kepada pendengar Gegar.

Beliau berkata, usaha kecil itu juga sebagai kesinambungan Gegar FM dalam menghargai pendengar mereka yang tidak jemu menyokong.

“Kami keluarga Gegar gembira bila Siti Suhada kongsi gambar penyerahan nasi berlauk dan berharap mereka yang menerima menikmatinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts