PETALING JAYA: Filem Anak Rimau The Movie terbitan Keeklr Films Sdn. Bhd. yang bakal ditayangkan pada 1 September depan menampilkan kelainan dengan mempertaruhkan pemain bola sebenar sebagai antara pelakon utama.
Penerbitnya, Fadzil Manap berkata, selain itu filem ini juga menampilkan jumlah pelakon tambahan yang ramai bagi memastikan suasana seperti di stadium nampak seperti dalam situasi sebenar.
Lantaran itu tidak hairanlah, kira-kira RM5.5 juta kos dibebalanjakan untuk menghasilkan filem berkenaan tidak menggunakan computer-generated imagery (CGI).
“Bajet untuk pembikinan Anak Rimau besar sebab ramai pelakon, terutamanya untuk dalam stadium sebab kita nak nampakkan suasana sebenar.
“Anak Rimau adalah satu produksi yang memperlihatkan jumlah penglibatan anak-anak muda remaja dan bakat-bakat baharu dalam skala yang besar. Rata-rata pelakon umur masih muda, masih sekolah dan pastinya pihak produksi perlu bertanggungjawab perihal kebajikan dan jadual sekolah mereka.
“Di samping itu, cabaran terbesar yang kami hadapi hampir semua anak cilik Anak Rimau bukanlah latar belakang pelakon. Kami harus siapkan program latihan lakonan dengan Fatimah Abu Bakar yang berjaya membentuk bakat-bakat terpendam mereka dalam menghafal dialog, bermain emosi dengan watak-watak mereka,” katanya.
Dia ditemui pada majlis soft-launch filem Anak Rimau serta pelancaran koleksi rasmi, lagu tema (runut buny) dan muzik video filem yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia & Sukan, Senator Datuk Sri Ti Lian Ker di premis Al-Ikhsan Sports, The Curve, baru-baru ini.
Katanya, Anak Rimau yang dibintangi Beto Kusyairy, Idan Aedan, Kechikimi, Azhan Rani, Adam Corrie, Taiyuddin Bakar, Megat Sharizal, Mustaqim Bahadon dan ramai lagi, bakal menemui penonton di 55 buah pawagam mulai 1 September 2022 ini.
“Filem Anak Rimau adalah sebuah filem yang penuh dengan drama, adegan lucu, inspirasi dan sarat dengan mesej yang kami harap mampu memberi impak yang positif kepada penonton tentang pentingnya semangat berpasukan dan pentingnya dorongan keluarga dalam mencapai cita-cita.
“Unsur perpaduan dan nasionalisme yang dimuatkan dalam filem ini sesuai dengan tarikh tayangan 1 September 2022, sesuai dengan suasana ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-65 tahun.” katanya yang mendapat idea menghasilkan filem Anak Rimau pada April 2018.
Sementara itu, sempena pelancaran filem yang bakal ditayangkan itu Al-Ikhsan turut melancarkan jersi edisi khas Anak Rimau selain menaja jersi yang disarungkan oleh pelakon dalam filem berkenaan. – Gayahistyping.
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan