November 26, 2022

Peminat Buat Boboy Bergenang Air Mata

JOHOR BAHRU: Kumpulan Boboy mengakui terharu dengan sambutan hangat yang diterima daripada penonton ketika persembahan sesi Jejalah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang berlangsung baru-baru ini sehingga mengundang sebak dalam kalangan mereka berempat.

Penyanyinya, Naqiu berkata mereka terkejut dengan sambutan luar biasa pendengar Suria FM di Johor Bahru yang sama-sama menyanyikan lagu kumpulan itu ketika mereka mebuat persembahan.

“Kami memang terharu dengan sambutan yang diberikan kepada kami setelah 15 tahun tidak membuat persembahan di tempat terbuka ini kali pertama kami muncul di pentas sebesar ini.

“Alhamdullilah ini juga bukti serta usaha saya memujuk abang-abang saya untuk kembali adalah keputusan yang tepat,” katanya tersenyum.

Kongsi Naqiu, dia sempat menjeling ahli kumpulan yang lain ketika membuat persembahan dan perasan kesemua mereka terharu dan mengukir senyum.

“Saya sempat pandang wajah mereka dan nampak masing-masing bergenang air mata,” katanya.

Bercerita lanjut, Naqiu turut membetulkan kenyataan kononnya kumpulan itu enggan menyanyikan lagu lama mereka seperti lagu hit Episod Cinta seperti yang dilaporkan baru-baru ini.

Katanya, kenyataan itu tidak tepat kerana apa yang dimaksudkan ialah dia enggan menyanyikan lagu Boboy tanpa kumpulan itu.

“Maksudnya, bila saya solo biarlah saya menyanyi lagu solo saya, dan bila saya bersama Boboy pasti saya akan bawakan lagu-lagu yang pernah mengangkat nama kami satu ketika dulu.

“Bagi saya ia lebih adil buat abang-abang saya dan Boboy,” katanya.

Boboy yang dianggotai Naqui, Shah (gitar utama), Dzul (pemain drum) dan Didi (bass) popular sekitar tahun 2000 dengan lagu hit seperti Episod Cinta, Dalam Benci Ada Rindu, Memori Cinta dan Demi Masa. – GayahIsTyping 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts