April 25, 2025

Syafinaz Tegur Koreografer

SHAH ALAM: Pensyarah muzik dan penyanyi terkenal Datuk Syafinaz Selamat menegur koreografer program Dansa dan Sing yang disiarkan Astro.

Syafinaz bersama dua juri tetap Datuk Rizalman dan Linda Jasmine.

Beliau berkata, pereka tari perlu tahu keadaan dan kedudukan penyanyi ketika membuat persembahan dan menyesuaikan perkara itu dengan tarian yang dihasilkan.

Sebagai koreografer anda perlu tahu bagaimana pegerakan yang dibuat penyanyi sama ada sesuai atau tidak.

Syafinaz Selamat

“Tarian yang direka untuk penyanyi perlu mengikut kesesuaian supaya mereka dapat menjaga nyanyian mereka,” katanya kepada Gayah.

Pada masa sama, Syafinaz berkata, penyanyi juga perlu tahu kemampuan mereka dan berbincang dengan koreografer.

Beliau berkata, penyanyi perlu sedar dengan pergerakan yang mereka lakukan sama ada ia akan mengganggu nyanyian mereka atau tidak.

“Kita faham ini membabitkan nyanyian dan tarian, tetapi semua aspek kena jaga dan dititik beratkan,” katanya.

Ditanya mengenai pandangan juri jemputan sebelum ini yang berpendapat tidak salah menyanyi miming atau on top kerana ia turut dilakukan oleh penyanyi antarabangsa, Syafinaz ada pandangannya tersendiri.

Beliau berkata, dalam pertandingan ini peserta hanya ditugaskan menyampaikan satu lagu sahaja bukan banyak lagu seperti konsert berskala besar.

“Kalau penyanyi yang buat konsert kita faham, sebab mereka nyanyikan 20 buah lagu tapi ini kan pertandingan dan hanya satu lagu,” katanya

Gandingan yang semakin serasi. Sherry Alhadad dan Hady Mirza.

Gayah setuju dengan Syafinaz. Apapun kita tunggu persembahan konsert minggu kelima dengan tema trademark. Banyak lagu menarik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts