September 13, 2024

Cara Ayu Damit

KUALA LUMPUR : Tidak pernah duduk diam dan sentiasa ada usaha membanting tulang empat keratnya dalam merencana survival hidup.

Pemilik vokal emas, Ayu Damit sentiasa berusaha memperbaiki dirinya tak kiralah dalam kerjaya seni mahupun rutin kehidupan harian.

“Bagi saya setiap hari ialah peluang kita untuk memperbaiki diri dan berusaha untuk menjadikan hidup lebih bermakna.

Foto: Instagram Ayu Damit

” Saya selalu pesan pada diri tak perlu malu untuk mencuba asalkan tahu apa tujuan kita. Jangan peduli cakap orang,” kata juara One in A Million musim pertama itu.

Terbaharu, pemilik nama sebenar Norayu Damit ini sudah bergelar penuntut di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebanggaan (Aswara) dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Asasi Seni Kreatif.

Bagi anak kelahiran Sabah ini, peluang melanjutkan pengajian yang diterima sangat bermakna dalam usaha memperbaiki dirinya dalam bidang muzik.

“Saya akui memang cetek ilmu dalam bidang muzik, kiranya menyanyi ikut suka sahaja jadi peluang ini sangat baik malah ini memang impian saya untuk menggenggam segulung Ijazah,” katanya kepada Gayah.

Ayu berkata, dia juga beruntung mendapat suami Syed Fauzi Syed Badaruddin, yang sentiasa memberikan sokongan untuk dia menyambung pengajian.

Kongsi Ayu, suaminya sanggup bangun pagi demi menguruskan anak-anak malah turut menyediakan sarapan buatnya sebelum kelas bermula awal bulan lalu.

Ayu dan Suami

Bagi Ayu, rebut saja peluang yang ada di depan mata dan tidak perlu malu jika mahu mengubah kehidupan.

Penyanyi lagu Hanya Di Mercu ini juga melakukan pelbagai usaha sebelum ini sehingga bergelar usahawan cili, bahulu dan kek pisang.

Ayu juga sangat terkenal dengan sikap merendah diri, mesra dan sentiasa membantu.

Tidak perlu mengikut cara orang lain, Ayu ternyata punya cara sendiri dan menjadikan dirinya selebriti yang baik untuk diikuti.

Bahulu air tangan Ayu

Gayah akui seorang daripada peminat Ayu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts