PETALING JAYA: Produk penjagaan kecantikan Prettian Malaysia, memantapkan jenamanya dengan melantik penyanyi Nora Ariffin sebagai wajah mereka.
Pengarah Prettian Malaysia, Fauziah Abdul Aziz berkata, pemilihan Nora dibuat berdasarkan penampilan dan kecantikan semula jadi selebriti itu yang tidak di makan usia.
“Kita memang ada mendekati Nora dan beliau sendiri memilih untuk mencuba dulu produk ini sebelum bersetuju.
“Bagi kami, Nora mempunyai kualiti paling signifikan dengan Prettian Malaysia iaitu asas kecantikan secara semula jadi,” katanya.
Prettian ialah siri produk penjagaan kecantikan daripada Korea yang juga dikenali sebagai K Beauty.
Prettian menggunakan bahan asas semula jadi tanpa bahan kimia yang membantu memberikan kecantikan natural kepada pengguna yang mengamalkannya.
Lebih menarik, produk premium ini turut menggunakan bahan semula jadi yang dibawa khas dari pulau ikonik di Korea iaitu Pulau Jeju.
Prettian Malaysia yang diasaskan oleh Noor Alhan Ismail, sudah berada di pasaran sejak setahun lalu dengan siri produk seperti Triple Oil Cleanser, Moisturiser, Silky Brightening BP Cream dan Silky Brightening Cream.
Fauziah menambah, produk ini turut mendapat penilaian lima bintang menerusi testimoni pelanggan di laman web Prettian Malaysia.
Mengenai koloborasi dengan Nora, pelbagai aktiviti sedang dirancang termasuk siri jelalah di empat lokasi utama seluruh Malaysa serta aktiviti bersama pelanggan.
Nora yang terkenal dengan lagu Di Persimpangan Dilema berkata, produk itu serasi dengan dirinya dan sudah menggunakan sebelum bersetuju menjadi wajah Prettian Malaysia.
“Saya gembira dengan kerjasama ini dan akan bersama-sama Prettian Malaysia untuk memperkenalkan produk premium semula jadi ini,” katanya.
Gayah pun dah cuba , nak pretty memang kena guna Prettian!
You may also like
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists
-
Babah Kisah Realiti Kasih Sayang – Ingatan Agar Hargai Seorang Bapa
-
Hanya Satu Nora Ariffin – Kekal Dalam Liga Penyanyi Terbaik Negara
-
Suria FM Kekal Barisan Penyampai – Catat Peningkatan 292 Ribu Pendengar
-
Ayda Jebat Terus Jadi Pilihan – Ada Jenama Kekal Sejak Sedekad