Foto: Azrul Rafie
KUALA LUMPUR : Tiada apa yang diharapkan wanita ini melainkan dapat menempuhi fasa perkahwinan yang bahagia setelah gagal pada percubaan sebelum ini.

Elly Mazlien berkata, dia berdoa agar perknikah pada Januari depan memberikan kebahagiaan hidup berumahtangga yang sebenar.
“Saya hanya mahukan kebahagiaan dan hidup harmoni sebagai suami isteri di samping anak saya.
“Saya memang selalu berdoa dan saya berharap semua akan terus dipermudahkan,” katanya.
Elly bakal dijabkabulkan dengan Mohamad Azlan pada 17 Januari 2020 dan akan mengadakan majlis berinai, majlis resepsi serta majlis menyambut menantu di Kuala Krai, Kelantan.
Wajah bakal suaminya itu hanya akan dikongsi dengan khalayak pada malam berinai yang akan diadakan nanti.
Kata pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, suaminya lebih selesa dikenali selepas ikatan yang sah.
Gayah sempat menjeling di sekitar majlis pertunangan Elly baru-baru ini dan ternyata lelaki si pencuri hati artis itu tampan sepadan dengannya.
Elly tampil dengan pesona hijau pastel rekaan menarik Jimmy Couture.
Majlis pertunangan Elly dan Azlan diadakan secara tertutup dan dihadiri oleh saudara terdekat serta media yang dijemput khas.
Majlis itu turut diserikan dengan persembahan Siti Sarah dan Indah Ruhaila.
You may also like
-
Dana RM700,000 Menanti Pemenang AIM 24 – Perkenal Tiga Kategori Baharu
-
Gandingan Aku Ada Zaki Yamani & Putri Dahlia – Simbolik Legasi Darah Seni
-
Keluang Man Adiwira Tempatan Bakal Cipta Fenomena – Strategi Diatur Sejak Tiga Tahun Lalu
-
Lebih 15 Juta Dalam Masa Empat Hari – Ejen Ali The Movie 2 Dapat Sambutan Hebat
-
Tunggu Lapan Tahun Duet Mas Idayu – Farez Adnan Nafi Single Tiru Lagu Seberang