SHAH ALAM: Buat kali pertama dalam sejarah penganjurannya, Gegar Vaganza memutuskan dua peserta menjadi juara pertanding musim keenam pada malam ini.
Naqiu dan Hady Mirza diumumkan sebagai juara bersama menewaskan empat peserta lain setelah 11 minggu persaiangan.
Kedua-dua mereka membawa pulang wang tunai RM100, 000 beserta hadiah sampingan lain.
Ketua Juri, Datuk Ramli MS berkata, beliau diminta oleh pihak Astro untuk membuat keputusan selepas kedua-duanya mendapat markah yang sama.
“Bila markah sama dan Astro minta ketua juri buat keputusan jadi saya kata tak adil untuk pilih. Dua dua berhak.
” Tidak salah bagi kedua-duanya juara. Saya sebagai ketua juri yang membuat keputusan dua juara kerana sama bagus. Bukan isu lain,” katanya kepada Gayah.
Malah, Ramli berkata jika dilihat pada kedudukan mingguan pun sering bertukar antara kedua-duanya.
Ketua Strategi Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata Astro berbincang dan bersetuju dengan pandangan kesemua juri.
“Kita memang berikan kuasa kepada juri untuk menentukan juara,” katanya.
Markah Final GV6
1. Naqiu dan Hady Mirza: 87
3. Jatt: 76
4. Nurfatima: 68
5. One Nation Emcees: 67
6. Sham Visa: 65
Foto: Terima kasih Astro.
You may also like
-
Makar Fest Cipta Sejarah – Issey Berjaya Pujuk M.Nasir Kembali Ke Kota Bharu
-
Mulanya Rakam Untuk Demo – Bila Sedap, Terus Jadi Single ‘Dengan Lafaznya’
-
Amy Search Muncul Konsert Solo – Guna Pengarah Muzik Beyonce
-
Along Cham Sah Lafaz Cerai Taklik – Semalam Bebas Tanpa Lepas Kes Dadah
-
Sekuel Konsert Galau The Finale -Tampilkan Ungu, Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists