September 13, 2024

Naqiu Pandai Menari

SHAH ALAM: Malam ini pastinya persembahan Naqiu sekali lagi akan menjadi perhatian pada konsert suku akhir Gegar Vaganza musim keenam (GV6).

Dua minggu sebelum ini, vokalis kumpulan Boboy itu mengungguli kedudukan pertama dalam persaingan GV kali ini.

Naqiu berkata, dia akan mencuba yang terbaik selepas cemerlang dengan rendisi tersendiri lagu Percayalah nyanyian asal penghibur hebat negara Datuk Sri Siti Nurhaliza.

“Ya sekali lagi lagu wanita dan kali ini lebih mencabar dengan lagu etnik tradisional Ting Ting nyanyian Noraniza Idris.” Saya pernah dengar lagu ini tetapi memang tidak pernah menyanyikannya. Kali terakhir saya bawa lagu tradisional 10 tahun lalu ketika bertanding lagu asli,” katanya kepada Gayah.

Naqiu berkata, dia juga akan mencuba untuk menari bagi menghidupkan lagi persembahan kali ini.

Katanya, dia juga akan cuba menggunakan kompang sebagai elemen tambahan dalam persembahan.

” Saya risau juga terutamanya bab menari, tapi saya akan cuba. Sekali lagi lagu ini juga semua orang tahu.” Saya harap saya terus sihat dan terus fokus untuk memberikan persembahan yang terbaik, ” katanya.

Sementara itu, juri tetap Hetty Koes Endang mahu peserta terus mempunyai semangat juang yang tinggi dalam memberikan persembahan.

“Saya mahu yang total. Saya tegur kerana saya tahu kalian boleh lakukan. Masa di pentas kurang lebih tiga minit itu adalah segalanya.” Mujur malam ini (minggu lalu) bukan final, kalau tidak pasti saya pulang ke Indonesia seperti hal yang tidak lengkap, ” katanya.

Mulai saingan pada konsert Ahad lalu, selain dua juri tetap dan seorang juri jemputan, Astro menambah seorang lagi juri jemputan menjadikan keseluruhan empat orang juri mengadili peserta.

Gayah juga harap malam ini markah peserta juga lebih tinggi. Musim ini purata markah sekitar 78 untuk persembahan tertinggi. Jarang mendapat markah lebih 80 peratus.

Roy tersingkir minggu lalu. Terus berjaya Gayah ucapkan. Rezeki ada di mana-mana bang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts