November 6, 2024

Kotak Istimewa SimplySiti Di Hati

KUALA LUMPUR: Bukan sekadar hanya menang membeli, mereka yang berbelanja lebih RM120 produk SimplySiti akan menerima Di Hati Gift Box bernilai lebih RM100.

Pengasasnya, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkata kotak eksklusif itu mengandungi lipstick dan baucar bernilai RM100.

“Kotak khas ini adalah sebagai penghargaan kepada pelanggan SimplySiti yang menyokong kempen SimplySiti Di Hati.

“Kami sangat berterima kasih dengan sokongan semua pihak sejak kempen ini diperkenalkan,” katanya kepada Gayah.

Kesuma hati rakyat Malaysia itu juga berkata, mereka yang bertuah sempena program Derma & Menang juga berpeluang meluangkan seharian masa bersama dirinya sempena Fun Day Out Bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Bercerita lanjut, Siti berkata menerusi kempen ‘membeli sambil menderma’ setiap pembelian produk Simplysiti berjumlah RM120 dan RM200 di butik Creacion, RM5 akan disumbangkan ke tabung itu.

Pelantun lagu Anta Permana berkata, kempen kali ini yang dijalankan bermula November hingga Disember meletakkan sasaran sebanyak RM70,000 untuk membantu sekurang-kurangnya lima pesakit kanak-kanak.

“Sejak 2011, Simplysiti Di Hati berjaya mengumpul dana sebanyak lebih RM 200,000 yang disalurkan kepada Yayasan Institut Jantung Negara (IJN) dan telah membiayai kos perubatan dan pembedahan 14 kanak-kanak yang menghidap masalah jantung.

“Tahun ini lebih istimewa, kerana saya melancarkan single terbaharu berjudul Terang yang diangkat sebagai video kempen kali ini.

Foto: Terima kasih Blackpepper Production

Siti menyimpan harap moga Terang bakal memberi semangat kepada kanak-kanak ini untuk terus kuat dan bersemangat dalam mengharungi ujian hidup.

Single ciptaan komposer Aubrey Suwito dan lirik ditulis oleh Shah Shamsiri dimuatnaik di Youtube bermula 1 November lalu dan sekiranya mencapai 1 juta tontonan, Simplysiti akan menyumbangkan lagi RM10,000 kepada Yayasan IJN.

Gayah doakan Siti atau juga mesra disapa TokTi terus dikurnia rezeki melimpah ruah dan dapat berkongsi dengan yang memerlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts