Malam ini bermula cabaran edisi baru Big Stage musim kedua menampilkan 12 peserta menggalas cabaran memburu gelaran juara.

Big Stage 2019 lebih legit dengan cabaran Budak Budak Baru Nak Up (BBNU) dari negara luar iaitu Korea, Indonesia, Brunei dan Thailand.
Begitu juga juri profesional yang masih mengekalkan penghibur buah hati Malaysia Datuk Seri Siti Nurhaliza disamping dua wajah baharu Cakra Khan dan Judika.

Musim kedua juga bakal menyaksikan persaingan sengit selama 8 minggu di antara 12 bintang ‘BBNU’ yang terdiri daripada enam bintang lelaki iaitu ADZRIN, AZIZ HARUN, HAN-BYUL, IRFAN HARIS, KUCAIMARS dan SANTESH. Manakala enam bintang wanita pula ialah CHALEEDA, DINDA PERMATA, FIEYA JULIA, NEETA, SHERYL SHAZWANIE dan SYADA AMZAH.
Oppa dari Korea Han-Byul antara yang pasti akan menjadi perhatian selari dengan kegilaan anak muda pada hari ini.
Han-Byul juga mempunyai pakej rupa dan suara cuma mungkin perlu bijak serta berani mencuba sesuatu yang lebih seperti menyampaikan lagu Melayu.
Kalau mampu, dia memang ada harapan menjadi pencabar utama. Dari faktor undian penonton Oppa ini pada Gayah, ada kelebihan.
Tok Ti pun tersenyum dan memberi tepukan sorak ketika sesi memperkenalkan peserta tempoh hari.
Neeta, vokalis I Am Neeta sebelum ini juga dilihat antara yang mempunyai kredibiliti dari aspek nyanyian. Malah anak jati Kedah ini mengakui sudah bersedia untuk menyahut semua cabaran.
Apapun kita saksikan malam ini minggu pertama Big Stage 2019 yang diacarakan oleh Sherry Alhadad dan Alif Satar menerusi saluran Astro Ria dan Ria HD.
Gayah nampak ada beberapa peserta yang mampu buat kejutan. Harap mereka fokus dan bijak.
You may also like
-
Aina Abdul : Bukit Bintang Done, Bukit Jalil Next!
-
Konsert Milenia Ditunda Ke 25 November, Tampil Persiapan Lebih Meriah
-
Kongsi Kemesraan Dengan Suami Bawa Tuah Pada Fasha Sandha
-
Liza Hanim Sedia Bersaing – Ziana Zain Iktiraf Liza Bak Berlian
-
Kesemua Pelakon Walid Boleh Bersilat – Filem Angkat Seni Mempertahan Diri Melayu