November 27, 2022

Rezeki Awan Biru

Bintang popular Ayda Jebat menganggap pencapaiannya baru-baru ini yang berpeluang membuat mini persembahan di awan biru sebagai rezeki.

Lantaran, Ayda tidak ambil pusing sesetengah pihak yang seperti tidak puas hati dengan perkara itu sehingga ada yang membuat kenyataan tidak masuk akal.

“Saya ingin berterima kasih kepada semua pihak dan peminat yang terus menyokong saya dan sentiasa positif.

“Saya akan terus berusaha memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik dalam bidang nyanyian dan lakonan. Masih banyak yang perlu saya pelajari,” katanya yang sedang sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Cindai.

Ayda melakar sejarah apabila persembahan mini pertamanya yang diadakan dalam pesawat AK5106 dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Sabah diiktiraf sebagai Persembahan Muzik Secara Langsung Di Latitude Paling Tinggi (38,000 kaki di atas paras laut)

Menerusi persembahan di awan biru itu, Ayda menyanyikan tiga buah lagu iaitu Pencuri Hati, Xin Tai Ruan dan Temberang.

“Saya terharu kerana penumpang pesawat turut sudi menyanyi bersama walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa,” katanya.

Kejayaan yang sama turut dikongsi oleh Shadow Puppet Theatre yang turut sama terlibat dalam persembahan tersebut.

Persembahan mereka turut disaksikan Pengerusi Pelancongan Malaysia, Datuk Ahmad Shah Tambakau.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Book Of Records, Datuk Michael Tio.

Persembahan tersebut merupakan sebahagian daripada aktiviti sempena Minggu Muzik Malaysia 2019 (MM2019) yang dianjurkan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2020 dan mendapat kerjasama Kementerian Pelancongan.

Tahniah dari Gayah. Gayah pun bangga sebab jadi sebahagian daripada sejarah serta saksikan sendiri persembahan Ayda.

Memang siap ada mikrofon dan sistem bunyi semua tau. Ketinggian aras pesawat juga disahkan pilot.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts