Kuala Lumpur: Haiza tidak mahu jadi orang lain dan mengikut permintaan mereka yang kononnya mahukan dia menyanyi dalam genre selain dangdut.
Penyanyi yang cukup popular menerusi lagu signaturnya Dag Dig Dug ini nekad untuk kembali meneruskan kerjaya nyanyiannya dalam liga dangdut.
“Sebelum ini saya ikut cakap orang, saya buat lagu pop tapi tiada sambutan dan lagu itu dingin saja.
” Walaupun ada lagu baharu irama baharu, peminat tetap mahukan Haiza yang dulu. Jadi buat apa saya nak masuk zon lain, baik saya maintain di zon selesa saya,” katanya kepada Gayah.
Atas dasar itu, Haiza yang juga penyampai radio Kool FM muncul dengan single baharu berjudul Young and Gentleman.
Lebih menarik lagu itu percubaan pertama penyanyi dan komposer Aizat mrnghasilkan karya genre dangdut.
Lagu berentak catchy itu turut menampilkan seorang jejaka yang ditutup mukanya sehingga diusik netizen kononnya ‘anak ikan’ .
“Saja mahu buat kelainan kata orang elemen kejutan. Apapun saya gembira dengan lagu ini dan harap dapat sambutan,” katanya.
Haiza pada masa sama, masih menyimpan harap agar stesen radio lain turut sudi memainkan singlenya meskipun mengakui hakikat sebenar.
Bagi dirinya, adalah lebih baik jika semua pihak terbuka kerana apabila menyanyi ia adalah mengenai kerjaya yang berbeza dan tidak perlu dikaitkan dengan tugasan sebagai penyampai radio.
“Saya tahu memang payah jika dibicarakan isu ini tapi tak mustahil jika semua pihak boleh melihat hal ini dengan lebih terbuka dan realistik,” katanya.
Dia turut memuji penyanyi Ayda Jebat yang disifatkan berjaya membawa dangdut ke peringkat lebih baik dengan single Temberang.
Haiza berkata, gabungan elemen muzik yang ditampilkan sangat baik dan mampu menarik perhatian.
Gayah sokong apa juga pilihan Haiza. Penyanyi yang mesra dan mudah beri kerjasama.
You may also like
-
Ibu Scha Al-Yahya Meninggal Dunia – Awal Kongsi Kehilangan Ibu Mentua di IG Story
-
Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024 – Pentas Pemuzik Terbaik Negara
-
Wawa Belanja 100,000 Unit Sunscreen Kanak-Kanak – Lancar Sempena Hari Lahir Anak
-
Janji Hadiah 25 Tahun Dayang Nurfaizah – Turut Dedikasi Buat Iman Imran
-
Jangan Pandang Belakang 2 – Jin Tak Perlu Jaga Manusia