September 27, 2023

Hilang Bawa Mood Layar Lebar Ke TV Rumah

KUALA LUMPUR: Viu Malaysia sekali lagi melancarkan drama Viu Original kelima tahun ini, Hilang dengan mood naskhah filem ke kaca televisyen.

Siri yang dibintangi oleh Khir Rahman, Siti Saleha, Aqasha dan Jasmine Suraya sudah menemui penonton bermula 17 November lalu dan menampilkan dua episod baharu pada setiap Khamis.

Hilang hasil arahan Ghaz Abu Bakar bersama Sein Qudsi membawakan satu kisah menarik untuk penonton terus melekat serta menonton kesudahan ceritanya.

Kehebatan pelakon satu faktor, plot twist yang menarik juga pasti menyukarkan penonton menebak siapakah angkara dalam kisah Hilang ini.

Pengurus Viu Malaysia Kingsley Warner, berkata, selepas memenangi beberapa anugerah dalam naskhah seperti Black dan The Bridge memberikan keyakinan meningkatkan lagi kualiti drama misteri di Malaysia.

Pelakon utama Hilang

“Dengan pelancaran drama terbaru kami, Hilang. Penonton Viu pastinya akan berasa seronok dengan drama ini, lebih-lebih lagi mereka yang meminati kisah pembunuhan misteri, ditambah pula dengan elemen mistik,” katanya.

Drama penyiasatan yang mendebarkan ini mempunyai 10 episod yang menceritakan tentang Inspektor Munir, penduduk tempatan dalam sebuah bandar fiksyen, Seri Daik yang kembali ke kampung halamannya selepas 17 tahun untuk menyiasat sebuah kes pembunuhan seorang remaja perempuan.

Penonton Viu boleh menonton siri ini di aplikasi Viu, yang boleh dimuat turun secara percuma melalui App Store, Google Play, Huawei App gallery dan TV pintar terpilih, serta laman web www.viu.com – GayahIsTyping

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts