Selain animasi kembar Upin dan Ipin, Datuk Seri Siti Nurhaliza adalah faktor yang mampu membuatkan dua negara Malaysia dan Indonesia mencapai kata muafakat.
Hakikatnya, figura nan satu ini ternyata masih kuat pengaruh dan pengikutnya di Indonesia menerusi sambutan membanggakan konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour 2019 yang berlangsung di Istora, Senayan baru-baru ini.

Gayah mendapatkan komen lima media bertaraf Sititology dan peminat Siti Nurhaliza paling legit dan layak untuk berkongsi rasa hati mereka mengenai persembahan penyanyi nombor satu negara itu.
Berikut ialah jawapan dan komen yang sudi mereka kongsikan kala ditanya Gayah mengenai satu perkataan untuk menggambarkan konsert penyanyi yang mula menjejak kuasa dalam industri seni menerusi lagu Jerat Percintaan itu.
Gayah turut meminta komen pendek mereka yang menonton sendiri dengan mata mereka konsert berkenaan di sana.
Izwan Mohd Isa, Kosmo! : Selayaknya! Walaupun sudah lebih 20 tahun berkarier, Siti masih mampu meledakkan rasa kekaguman peminat terhadapnya.
Farihad (Bobo), Berita Harian: Kelas tersendiri! Kombinasi audio dan visual yang menarik menjadikan ia sebuah konsert yang sempurna. Siti membuktikan keampuhannya sebagai penyanyi bukan sekadar mengalunkan lagu, tetapi penghibur sejati.
Kamaruddin (Padin) , Astro Gempak: Hebat! Siti membuktikan gelaran nombor satu yang orang lain berikan kepadanya layak untuk digunakan dengan persembahan ampuh & mempersona pada malam konsert.
Zaidi Mohamad (Jaydee), BH Online: Indah! Selepas enam tahun, beliau kembali dengan penanda aras baru menghiburkan peminat dengan status ibu kepada Siti Aafiyah di Jakarta, Indonesia. Magis dan taringnya tetap berbisa. Terus jadi sweetheart di sana!
Nik, Astro Gempak: Spektakular! Pertama kalinya Siti membuka pentas dengan irama tradisional, penuh asyik dan klasik. Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour menghamparkan segala perasaan, kenangan & impian terbaik buat peminat beliau. She’s truly Asia’s Best Kept Secret! Selamanya.
Sudirman Mohd Tahir (Sudyr), Harian Metro: Luar biasa dan memukau! Persembahan yang berbaloi ditonton selepas enam tahun tidak mengadakan persembahan berskala besar di Indonesia. Kejayaan itu membuktikan Datuk Seri Siti Nurhaliza tetap relevan.

Selepas Jakarta, ada tiga lagi siri jelajah konsert anjuran Shiraz Projects Sdn Bhd itu iaitu di Singapore Expo, Singapura (2 Mac), Arena Axiata, Kuala Lumpur (16 Mac) dan Royal Albert Hall London pada 22 April. Gayah pasti akan hadir satu daripada venue konsert ini. Mungkin di London?
You may also like
-
Single Inggeris Pertama Insomniacks ‘Awake & Dreaming’ – Manifestasi Evolusi Muzik & Kematangan
-
GenKRU Perluas Misi – Selepas Tiga Hari Di Malaysia, Sambung Ke Singapura, Mungkin Konsert Finale
-
Awie Ucap Selamat Pengantin Baru Buat Erra Fazira – Titip Pesan Jangan Tunggu Lama
-
Turunkan Rakaman Kandungan Konsert – Rumah Produksi Merah Ambil Serius Isu Curi Rakam Dan Jual
-
Siti Nurhaliza Ucap Terima Kasih Kepada Anggota Bomba Pahang – Yayasan Nurjiwa Hulur Sumbangan Tanda Penghargaan