December 1, 2022

Burger Goreng Syawal

Semunanya bermula dengan sekadar suka-suka dan akhirnya menjadi sebutan dan sambutan hangat penduduk sekitar.

Kalau kebetulan di sebelah malam dan melalui jalan di Kampung Bukit Kuching, Jeram di Kuala Selangor, anda wajar cari gerai Buger Goreng Syawa ini.

Burger Goreng Syawal.

Istimewanya, daging ayam segar disediakan sendiri Syawal dengan beberapa perapan rahsia sebelum digoreng dengan garing tetapi isinya masih juicy dan lembut.

“Saya hanya lebih kepada cuba-cuba apabila satu hari bekalan daging burger habis dan tidak dapat dibekalkan supplier. Saya cuba dan tidak sangka menjadi.

“Saya pernah berhenti menjual burger goreng ini seketika tetapi ramai yang minta supaya saya jual semula,” katanya anak muda ini.

Syawal Ruslan mencipta sendiri kepingan daging ayam.

Lebih menarik burger masakan Syawal ini juga mewah dengan sos campuran, keju dan sayuran segar.

Terkini, Syawal turut menjual ayam goreng sos keju ala Korea di gerai miliknya yang dibuka sebelah malam.

Ayam Goreng dimasak sempurna.

Gayah sendiri dah cuba, memang sedap. Di tengah kawasan kampung terasa bagai di kota Incheon!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Connect us

Our social contacts