Kalau pasal makan, orang Malaysia sangat kreatif. Menu sama tetapi ‘dipersembahkan’ dengan cara berbeza. Selera Gayah pun jadi kreatif untuk mencubanya.
Jika anda ke Pulau Pinang, salah satu lokasi yang wajib dikunjungi oleh pelancong domestik dan luar negara ialah Armenian Street atau Lebuh Armenian yang terletak di dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Lebuh yang cukup popular itu mempamerkan budaya dan seni jalanannya. Hari ini, Lebuh Armenian terkenal dengan mural ‘Kanak-Kanak di atas basikal’.
Sambil berjalan-jalan, jika kehausan dan kelaparan, jangan bimbang kerana sepanjang jalan terdapat banyak restoran, cafe, gerai dan kiosk jual makanan dan minum.
Dalam cuaca yang panas, cendol sangat menetapi ‘kehendak’ tekak Gayah. Tak cukup semangkuk, Gayah order lagi.
Lepas tu, Gayah singgah pula kat gerai Pisang Keju Crispy. Gayah bukanlah nak puji lebih-lebih tetapi hakikatnya memang sedap dan rangup. Berulanglah Gayah ke gerai itu.
Kelainan menu ini, pisang dipotong kecil dan disusun seperti satay menggunakan lidi. Digoreng rangup menggunakan resipi istimewa. Siap digoreng, disira dengan karemal, ditabur cheese dan diperisakan lagi dengan pelbagai taburan seperti orea, coklat dan coklat putih.
Sekotak RM7, ada lima ‘batang’ Pisang Keju Crispy. Instagram gerai itu #banana_pg. Sebelah gerai itu, ada gerai rojak dan kuih mochi.
Tokeh gerai mochi yang peramah itu tidak ‘kedekut’. Mochinya sangat enak dengan taburan kacang yang banyak. Tak cukup, boleh minta tambah lagi.
Bestkan jadi orang Malaysia! Makanan juga menjadi ‘penghubung’ pelbagai masyarakat di negara ini. Gayah katakan begitu kerana kini setiap sajian bukan lagi menjadi ‘hak’ sesuatu bangsa malah jika sedap dan menetapi selera, semua bangsa boleh duduk semeja menikmatinya. Apatah lagi dengan ‘kuasa’ tular, orang sanggup cari.
Gerai Pisang Keju Crispy turut dikunjungi ‘orang putih’ selain Melayu, China dan India.
Pulau Pinang yang juga terkenal dengan buah pala, lengkapkan menu petang anda dengan memesan jus buah pala sejuk atau panas. Segelas RM3 saja. Sangat menyegarkan dan berkhasiat.
Ia dapat membantu melegakan sakit perut, menghilangkan angin senggugut, membuang angin dalam badan, melawaskan pembuangan, mencegah kolestrol, darah tinggi, membantu perjalanan darah dan mencegah darah beku pada saluran jantung.
You may also like
-
Brik Raikan Ulang Tahun Pertama – Perkenal 21 Beg Baru Pelbagai Warna
-
Precious Of Malaysia Ke Kota Paris – Istimewa Kehadiran Sultanah Nur Zahirah Di Malam Gala
-
Precious Of Malaysia Iktiraf Pereka Muda – Cabar Empat IPT Bersaing Dengan Pereka Sebenar
-
Terjemahan Patriotik Fazura – Lancar 12 Rekaan Tudung Khas Sempena Merdeka
-
Labur RM600,000 Lahirkan Liquffe – Nikmati Kopi Tanpa Bancuh